Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, May 16, 2015

Uji Pandu dan Menangi Hadiah Menarik dari Volkswagen

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Kempen 'Uji Pandu dan Menang' telah dimulakan oleh Maju Motors Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Negara Brunei Darussalam dan orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah awal minggu ini.

Semalam, dua pemenang telah diberikan hadiah berupa Sony Action Cam dan Apple iPhone 6. Dua lagi pemenang akan diberikan hadiah pada 17 Mei ini iaitu berupa Go Pro Hero 4 dan Samsung Galaxy S6.

Pemenang semalam ialah Mohd Masrul Fadzilah Haji Junit yang telah membawa balik hadiah Sony Action Cam dalam cabutan sesi pagi. Manakala, Shirley Wong Sie Moi membawa balik Apple iPhone 6 dalam cabutan sesi petang semalam.

Kempen 'Uji Pandu dan Menang' akan berjalan selama 5 minggu dan cabutan bertuah akan diadakan setiap minggu dari hari Jumaat hingga Ahad.

Selain itu, Volkswagen Brunei juga memulakan promosi Hari Raya yang mana pelanggan yang membeli kereta jenama Volkswagen dari Maju Motors dari 15 Mei hingga 10 Julai 2015 secara automatik akan berpeluang untuk memenangi dari 100 jenis hadiah seperti wang tunai sebanyak B$5,000, gajet Apple terkini, produk Samsung, barangan elektronik dan pakej penjagaan kereta.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh membuat uji pandu atau menghubungi 2655111 untuk penempahan kereta Volkswagen.