Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 22, 2015

Manjakan Kereta Kia Anda di Pusat Servis Kia


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Perhatian kepada semua pemilik kereta Kia, mengapa tidak berikan penjagaan kereta anda di Pusat Servis Kia di Berakas dan alami sendiri pengalaman yang hebat!

Pelanggan boleh mengharapkan servis dengan kualiti terbaik dari pusat servis memandangkan sebahagian dari dasar mereka untuk memastikan pelanggan selalu gembira. Semua kereta yang ada di pusat servis itu dijaga dengan baik yang mana syarikat memiliki pelatih dalaman dari Jepun dan setiap pekerja adalah juruteknik yang berkelayakan dengan rangking berbeza, sama ada memiliki sijil, pakar atau master.



Dan kadangkala dengan jadual kami yang padat, kami tidak diasingkan dari kereta kami untuk terlalu lama tetapi jangan bimbang, jabatan alat ganti Kia selalu bersedia dengan alat ganti kereta pada kadar simpanan 100% alat ganti penyelengaraan seperti yang dijelaskan oleh Peter Reyes, ahli dari Pusat Servis Kia. Setiap alat ganti adalah asli dan dibawa dari Korea dan Jepun.

Tetapi jika pelanggan mahu tugas di selesaikan dengan segera, terdapat 'Kaunter Penyimpanan Kunci' di mana pelanggan boleh datang dan mengisi borang yang menyatakan apa yang perlu dilakukan bagi kereta mereka, anggaran masa pengambilan dan menyimpan kunci mereka di kaunter dan pergi! Perkhidmatan servis yang biasa dilakukan oleh juruteknik di pusat ini hanya memerlukan 30-45 minit dan bersedia untuk pergi.



Pernahkah awda tertanya-tanya apa yang berlaku apabila kereta awda di servis? Di Pusat Servis Kia, juruteknik akan melihat senarai pemeriksaan apa yang perlu dilakukan terhadap kereta awda dan maklumat terperinci servis. Dalam kedudukan bengkel mereka terdapat gabungan kemahiran tangan oleh juruteknik yang dibantu oleh mesin.



Di pusat servis sehenti, sebahagian perkhidmatan yang berkualiti tinggi adalah GDS dan KDS yang memberikan pemeriksaan lengkap ke atas sebuah kereta dan ia adalah sistem komputer dan sistem tanpa wayar (wireless) yang digunakan oleh juruteknik Kia. Satu lagi mesin yang menarik adalah mesin alignment dalaman yang melakukan semua tugasan dalam merapikan kereta awda.

Dan tidak lupa, terdapat mesin penguji brek yang 100% tepat dan akan menguji suspensi dan brek bagi keempat biji tayar. Pada akhir servis tersebut, komputer akan mencetak keputusan dan akan menyatakan di mana yang perlu di servis.




Dan akhirnya, jika pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti servis ke atas kereta mereka, mereka bolehlah bercakap kepada Jabatan Perhubungan Pelanggan mengenai aduan mereka atau cadangan dengan menghubungi talian 2392579 dan maklumat yang dikongsikan akan diserahkan kepada juruteknik bagi memperbaiki lagi perkhidmatan. Lebih lagi, selalunya beberapa hari selepas pelanggan membawa kembali kereta mereka, pusat servis akan dipanggil untuk memeriksa keadaan kereta itu.

Untuk tempoh jaminan atau waranti yang diberikan kepada pelanggan, dasar jaminan merangkumi bumper ke bumper, lima tahun atau 150,000 kilometer, yang mana datang dulu. Dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi penyelengaraan sehingga 150, 000 kilometer!

Jadi tunggu apa lagi, hantarlah kereta anda bagi sesi penjagaan di Pusat Servis Kia untuk merasakan pemanduan lebih baik kereta awda!