Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, February 28, 2015

Cabutan Utama Volkswagen Vento

Secara rasminya Volkswagen Beetle 1.2 TSI  dimiliki oleh Haji Abdul Hakim Haji Besar secara percuma setelah berjaya menghidupkan enjin kereta dalam cabutan utama pemilik Vento petang tadi.

Sebelum kejayaan Haji Abdul Hakim itu, beliau terpaksa menunggu giliran empat finalis lainnya iaitu Noredna @ Sharifah Noredinah Hj Omar, Hajah Ayang Haji Yassin, Mohammad Izwandy Azizul dan Abdul Raimi Raihan tetapi percubaan mereka tidak Berjaya. Walaubagaimanpun mereka tidak membawa balik dengan tangan kosong, mereka membawa balik hadiah berupa kereta miniatur Beetle dan Baju-T Beetle.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum cabutan bermula.

Lebih dari 200 pemilik Vento membanjiri bilik pameran Volkswagen Maju Motors di Jalan Telanai bagi mengharap untuk memenangi sebuah kereta Beetle yang dipamerkan tengah-tengah bilik pameran itu.

Dalam ucapan alu-aluannya, beliau juga mengambil masa untuk memberitahu pemilik Vento bahawa Volkswagen Brunei sentiasa ada disini.

“Jika anda mempunyai masalah, kami disini membantu. Kami juga ketika ini meningkatkan dalam kesemua aspek bagi memberi yang terbaik kepada anda semua, kata Chan Key Hong.

Haji Abdul Hakim yang tinggal di Kampong Jangsak sangat gembira setelah berjaya memenangi sebuah lagi kereta buatan Volkswagen. Saya terkejut dan pada waktu yang sama gembira kerana memiliki sebuah kereta lagi secara percuma, ini bukan sekadar kereta, bahkan ini adalah sebuah kereta yang menandakan kekuatan jenama Volkswagen iaitu Volkswagen Beetle”, kata Haji Abdul Hakim.

“Saya sangat berterima kasih kepada Volkswagen Brunei dan kereta yang baru dimiliki ini akan digunakan untuk sesisi keluarga”.

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.