Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, November 17, 2014

Toyota Dijangka Catat Keuntungan Bersih

Gambar courtesy dari The New Youk Times - Justin Sullivan/Getty Images
Berita courtesy dari Media Permata

TOKYO, 9 Nov (AFP) – Toyota semalam berkata ia dijangka mencatat keuntungan bersih berjumlah $17.5 bilion, tatkala pengeluar kereta utama Jepun mengakhiri musim pendapatan luar biasa, namun satu kemelesetan di Asia, termasuk China, mungkin membantut pertumbuhan.

Pengeluar kereta terbesar dunia itu mengubah ramalan keuntungan tahun fiskalnya sebanyak 12.4 peratus kepada 2.0 trilion yen, dan berkata pendapatan akan berjumlah 26.5 trilion yen, tatkala ia melihat prestasi kukuh di Amerika Utara.

Ia juga mencatat keuntungan bersih sebanyak 1.13 trilion yen untuk enam bulan sehingga September, daripada 1.00 trilion yen setahun lalu, sementara pendapatan meningkat 3.3 peratus kepada 12.94 trilion yen.

Keputusan tersebut keluar sehari selepas Nissan berkata keuntungan bersih separuh tahunnya meningkat 25 peratus kepada 237 bilion yen dan Honda pada minggu lalu melaporkan pertambahan 19 peratus dalam keuntungan bersih enam bulan kepada 288.41 bilion yen.

Gambar dan caption courtesy dari Media Permata: Timbalan Presiden syarikat gergasi Toyota Motor, Nobuyori Kodaira, memberi penjelasan keputusan kewangan syarikat di ibu pejabat di Tokyo pada 5 November 2014 - AFP
Industri kereta Jepun telah menerima faedah daripada dasar perbelanjaan besar oleh Perdana Menteri Shinzo Abe, dengan langkah pelonggaran mata wang daripada kumpulan pegawai yang dipilih oleh perdana menteri di Bank Jepun membantu mengurangkan yen sejak tahun lalu.

Yen yang lebih lemah merangsang daya saing pengeksport dan menambah keuntungan luar negara mereka, walaupun penganalisis berkata kesan telahpun berkurangan dalam beberapa bulan ini.

“Yen yang lebih rendah jelasnya satu kelebihan tetapi faktor selain daripada itu masih belum meningkat daripada suku pertama,” kata penganalisis Credit Suisse Masahiro Akita.

Toyota melaporkan pertambahan 7.0 peratus dalam pasaran besar, namun keputusan separuh tahun merosot di beberapa pasaran utama lain di Asia, termasuk Indonesia dan Thailand, yang telah terjejas oleh pergolakan politik, dengan jualan merosot 26 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Gambar courtesy dari The New York Times: Seorang wakil jualan Toyota di Deerfield Beach, Florida. Toyota mempunyai jualan 7.615 juta kenderaan, meningkat hampir 3 peratus daripada tahun sebelumnya - Joe Raedle/Getty Images