Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, November 26, 2014

Mercedes-Benz Terima Anugerah Trofi Dewar

Mercedes-Benz telah berkecimpung dalam bidang pembangunan teknologi automotif lebih seabad yang lalu
Berita dan gambar dari Media Permata

Kenderaan Formula Satu Hibrid PU106A yang dilengkapi dengan Mercedes High Performance Powertrain (HPP) baru-baru ini telah menerima anugerah Trofi Dewar, satu anugerah yang berprestij dalam kejuruteraan Britain.

Trofi Kelab Diraja Automobil Dewar hanya akan diberikan oleh komiti kepada pemenang yang mampu menunjukkan kecemerlangan dalam industri automotif.

Bersempena dengan ulang tahun ke-150 sejak kelahiran Thomas Dewar, 120 tahun kemajuan sukan lumba automotif Mercedes-Benz dan kemajuan teknologi dalam formula satu, anugerah berkenaan merupakan salah satu penghargaan yang paling penting dalam sejarah inovasi automotif.

Kumpulan yang memajukan HPP telah diberikan penghargaan terhadap sumbangan mereka dengan menghasilkan powertrain yang selaras dengan garis pandu perlumbaan formula satu.

Sasaran pada 2014 adalah untuk meningkatkan keupayaan dan keefisienan enjin sebanyak 29 peratus kepada 40 peratus melalui enjin 1.6 liter v6 hibrid turbo.

Kejayaan pasukan berkenaan dalam reka bentuk dan penyelidikan serta kerjasama padu telah membuktikan bahawa PU106A adalah merupakan satu-satunya powertrain yang dominan dalam peraturan perlumbaan Formula Satu.

Bagi Mercedes-Benz, penciptaan teknologi hibrid dalam sukan permotoran telah mencecah lebih satu abad iaitu sejak perlumbaan Mercedes Mixte pada tahun 1907. Dengan menggunakan beberapa siri pemanduan hibrid menggabungkan enjin gasolin dan dynamo yang menukar penggunaan tenaga enjin kepada tenaga elektrik.