Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, August 7, 2014

50 Pelanggan Terpilih Ke Cabutan Akhir KIA Promo Hari Raya

Lebih 800 pelanggan telah membeli kereta Kia dari 1hb Mei 2014 hingga 31 Julai 2014 dan hanya 50 pelanggan bertuah telah terpilih untuk menyertai pusingan akhir cabutan bertuah dalam promosi pembelian kereta KIA sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah berlangsung di Bilik Pameran Kia, Beribi, Gadong.

Pada cabutan akhir yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2014 bertempat di Bilik Pameran Kia, Grand Motors Sdn Bhd, Perindustrian Beribi II, pelanggan yang terpilih akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai B$10,000.00, kedua B$5,000.00, ketiga B$3,000.00, dan keempat hingga tempat ke-15 akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak B$500.00.

Hadir pada cabutan ini terdiri daripada Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Hj Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad, Pengurus Jualan KIA, Jacquelin Koh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin BM Haji Metusin, Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Lim Seh Chin, dan Penolong Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Asharul Bin Norshari Kamaluddin dan turut hadir selaku saksi cabutan undian awal ialah pegawai dan kakitangan KIA, Grand Motors Sdn Bhd.

Promosi ini juga diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Grand Motors Sdn Bhd ke-30 tahun, yang mana sempena ulang tahun ini Syarikat berkenaan sedang giat menjalankan kempen promosi sehingga 31 Disember 2014.

Dalam kempen promosi tersebut pelanggan yang membeli kereta KIA akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa, termasuk hadiah terbesar iaitu kereta KIA dan seorang pemenang akan memenangi sebuah rumah baru.

Ini adalah cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan berterusan. Ini adalah kali pertama Syarikat otomotif yang menawarkan sebuah rumah baru sebagai hadiah utama dalam promosi.

Selain hadiah utama, Grand Motors juga memberikan hadiah berupa sebuah kereta KIA Optima 2.4L SX (A) kepada pemenang tempat kedua dan KIA Cerato 1.6L (A) Sedan untuk pemenang ketiga.

Hadiah-hadiah lain termasuk komputer riba 13inci Apple MacBook Air bagi tempat keempat, iPhone 5S bagi pemenang kelima, iPhone 5C bagi pemenang keenam dan iPad Mini untuk pemenang ketujuh.

Cabutan utama akan diadakan pada 8hb Ogos 2014 (Jumaat) di Bilik Pameran Kia, Beribi dimana pendaftaran akan bermula pada 9.30 pagi. Pelanggan akan dihubungi oleh pihak Grand Motors, dan diminta untuk membawa kad pintar (I.C.) semasa cabutan itu. Jika ada pelanggan yang tidak dapat menghadiri acara tersebut, surat wakil dan salinan kad pintar (I.C) harus dibawa oleh wakil yang hadir.