Mantuka

Wednesday, July 9, 2014

NBT Menjemput Pemenang Bertuah ke Toyota Super Shopping Spree

15 pelanggan bertuah NBT yang telah membeli dan mendaftar kenderaan mereka dari 1hb hingga 26hb Jun 2014 dijemput untuk mengikuti aktiviti membeli-belah dalam promosi 'Toyota Super Shopping Spree'.

Dalam promosi ini, NBT telah memberi peluang kepada pelanggan yang terpilih untuk mengambil barangan-barangan yang ada di Pusat Membeli-Belah Hua Ho, Manggis Mall dengan masa yang diberikan, kesemua barangan yang diambil dalam masa tertentu akan ditanggung oleh pihak NBT.

Cabutan dan Shopping Spree telah disaksikan oleh wakil dari Shiekh Noordin Mohammad Advocates & Solicitor, bagi memastikan kesemua rancangan berjalan dengan lancar.

Dalam pembelian itu, Shim Shiau Ling menjadi pembeli terbanyak berjaya mengambil barangan yang berjumlah B$3,227 dari Pusat Membeli-belah itu sendiri.

Walaupun mereka menikmari promosi 'Toyota Super Shopping Spree' pada hari itu, kesemua 15 pemenang itu juga berpeluang untuk merebut sebuah kereta Toyota Vios (M) dalam cabutan promosi Jun/Julai ini nanti.

"Kami ingin memberi peluang terbaik bagi pelanggan kami," bagi pihak NBT, "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang pagi ini. Terima kasih diatas sokongan Toyota dan NBT," kata Pengurus Pemasaran NBT, Awang Muhammad Clovien Abdullah.