Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, July 29, 2014

15 Pelanggan NBT Sertai Toyota Super Shopping Spree

Seramai 15 pelanggan NBT (B) Sdn Bhd bertuah telah menyertai promosi 'Toyota Super Shopping Spree' kali kedua yang telah diadakan di pasar raya Hua Ho Manggis Mall semalam.

Pelanggan-pelanggan yang bertuah yang terlibat dalam promosi ini merupakan pelanggan NBT yang telah membeli dan mendaftar kenderaan mereka dari 1 Jun hingga 24 Julai 2014. Promosi ini adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan NBT atas sokongan berterusan mereka terhadap NBT dalam tahun-tahun sebelum ini.

Dalam promosi ini, NBT memberi peluang kepada pelanggannya yang terpilih untuk merebut barangan yang mereka mahukan dalam masa yang diberikan di mana kesemua barangan yang diambil akan dibiayai oleh pihak NBT.

Semasa promosi ini, Chien Pong Siong telah menjadi pembeli terbanyak apabila berjaya merebut barangan dengan nilai keseluruhan B$2,635.65 dalam masa 1 minit 30 saat.

Beliau telah membeli sebuah Toyota Yaris untuk melayakkan dirinya menyertai promosi ini dan baru-baru ini juga beliau sekali lagi membeli sebuah Toyota Innova dan Toyota Vios.

Di samping membeli-belah secara percuma, kesemua pemenang promosi Toyota Super Shopping Spree juga berpeluang untuk merebut sebuah kereta Toyota Vios (Manual) dalam cabutan bertuah akan datang.