Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, May 18, 2014

Abdul Azim menang cabutan utama Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw

Abdul Azim bin Azamain selaku pemenang bertuah setelah beliau membuat pilihan kunci kereta yang tepat dan secara otomatik selaku pemenang membawa balik hadiah utama, Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw, iaitu sebuah kereta baru, Toyota Vios, pada 16 Mei 2014 yang lalu.

kemenangan Abdul Azim adalah dari promosi Toyota Vios Buy & Win Promotion Draw yang dimana setiap peserta acara akhir itu membawa pulang hadiah menarik iaitu Voucer Servis NBT.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Jualan NBT (Gadong), Sharifah Marianah dan Pengurus Jualan NBT (Bunut), Awang Abdul Ghani Haji Abdul Hamid berlangsung di Time Square, Berakas. Turut hadiri ialah peserta-peserta acara akhir, ahli keluarga dan pegawai serta kakitangan BIBD.

Kesemua cabutan telah disaksikan oleh Sheikh Noordin Mohammad Advocates & Solicitor, Awang Mohd Nazlee bin Haji Sabli bagi memastikan cabutan tersebut dijalankan secara sempurna dan adil.

Menurut Awang Abdul Azim, beliau baru sahaja berkahwin dan merasa kemenangan itu sangat hebat. “Saya membeli sebuah Vios untuk isteri saya, Siti Aimi, sebagai hadiah perkahwinan kami. Pembelian kereta itu yang memberi kami peluang dalam cabutan bertuah ini. Dengan adanya kemenangan ini, rasanya NBT telah memberi hadiah perkahwinan untuk saya juga. Ianya sangat luar biasa” tambah beliau.

Beliau menambah, “Yang membuat saya membelikan sebuah Vios untuk isteri saya adalah sebab kesemua pemilik Vios dengan saya bercakap telah mengesyorkan saya untuk membeli sebuah. Dari kebanyakkan pelanggan yang berpuas hati, ianya pasti kereta yang sangat bagus. Tuah ini juga berlaku pada Toyota pertama saya, dan sekarang ini, Toyota sekarang adalah tuah saya. Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk memenangi sebuah Vios itu sukar untuk ditolak.”


Menurut Pengurus Pemasaran NBT, Awg Muhammad Clovien Abdullah Timpoh,“Bagi pihak NBT, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang petang ini. Terima kasih kepada semua pelanggan NBT atas sokongan anda pada Toyota Vios dan NBT. Menang Dengan TOYOTA, Menang Dengan NBT."