Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, March 24, 2014

Tiba masanya kedatangan wira 4WD, COLORADO!






Syarikat Goh Hock Kee Motors memperkenalkan Chevrolet Colorado terbaru. Dengan memasuki pasaran Negara ini, para peminat kereta jenis 4 Wheel Drive (4WD) akan menikmati pemanduan hebat dan menyegarkan sepanjang hari.


Dengan sejarah 100 tahun pengalaman dalam industri pembinaan trak, kereta tahan lasak ini mampu menerokai dimana jua perjalanan atau rintangan termasuk kecemasan yang boleh di penuhi.


Cirr-ciri kereta tersebut dimuatkan dengan 2.8-liter Duramax enjin Diesel dengan 4 silinder dan 16 Valve yang menyalurkan 193 kuasa kuda dan 500Nm torque pada 2,000 rpm. Manakala bagi model 2.5 liter menyalurkan 161 kuasa kuda dan 380Nm torque pada 2,000 rpm.





Kereta ini dikira sebagai kereta berprestasi tinggi, dengan system penjimatan minyak, dilengkapi Variable Geometry Turbo dan Intercooler untuk meningkatkan prestasi torque dalam penekanan rendah. Colorado turut dimuatkan dnegan punat 4WD mode yang boleh ditukar dari 2WD kepada 4WD Hi dan 4WD Lo.


Keselamatan adalah kunci utama dalam pengeluaran kereta jenama Chevrolet, struktur badan keselamatan yang kuat dan chassis besar menawarkan perlindungan disetiap perjalanan pada setiap hari.


Dalam versi Colorado yang dipasarkan dinegara ini, anda boleh menikmati ciri-ciri keselamatan lain seperti frem badan yang keras, Pengawal Stabiliti Elektric, Hydraulic Brake Assist dan ABD+EBD. Baru-baru ini juga Colorado dianugerahkan sebgaai ‘Trak Pickup Terbaik dibawah 3200cc’ oleh Bangkok International Motor Show 2013, disamping itu ianya juga dipilih sebagai Kereta Pickup Terbaik 2013 oleh Kumpulan Penyelidik Frost dan Sullivan.