Nissan Evalia kini berada di pasaran Brunei sebagai tambahan barisan kereta-kereta jenama Nissan yang diedarkan oleh syarikat Boustead Sendirian Berhad.
Pelancaran Nissan Evalia telah disempurnakan oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Kenichi Sunaguma, Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai dan Nissan Motor Co. Ltd, Takeshi Kitagawa di Pusat membeli-belah Timesquare.

Nissan
Evalia mempunyai ruang dalam yang luas dan pelbagai fungsi turut dimuatkan.
Kursi penumpang 2+3+2 memberi keselesaan sepenuhnya kepada tujuh orang penumpang dengan upholsteri berkualiti tinggi terutama
semasa perjalanan jauh. Evalia juga disediakan dengan kotak penyeimpanan,
penyimpan botol, tachometer, monitor penjimatan minyak, jam digital, indicator
gear transmisi, odometer, tripmeter dan lain lagi.

Hadirnya
Nissan Evalia memberikan banyak pilihan pada keluarga Brunei Darussalam untuk
dapat memiliki MPV ini. Ditawarkan dengan harga berkemampuan, kini pelanggan
dapat memiliki Evalia dengan tingkat kenyamanan tinggi. Melalui Nissan Evalia
yang telah dilengkapi sistem penghawa dingin rear cooler pada baris ketiga,
penumpang boleh dengan berleluasa mengatur pendingin sesuai keinginan mereka
sehingga kenyamanan dalam kabin lebih maksima.