Perkongsian platform dan enjin antara Toyota dan Subaru menampilkan kereta hebat, FT86 menggantikan model legenda Toyota AE86.
Kereta legenda AE86 terkenal dalam era 80an dan Toyota mengambil kesempatan untuk mengembalikan popularitinya dengan model FT86 yang diperbaharui. Satu kelebihan FT86 ialah kebebasan pemanduan tanpa bantuan sistem elektronik.
Medan uji pandu ialah Taman Permainan Jerudong kerana dipercayai ia sangat sesuai untuk beberapa pemanduan praktikal dan mempunyai kawasan yang luas untuk menguji pemanduan hebat FT86 sama ada dalam pemanduan santai, kecemasan dan perlumbaan.
Kakitangan NBT dan media mengalami sendiri kemuncak adrenalin dalam pemanduan seumpamanya termasuklah mengelak dari terkena kon yang disediakan semasa membuat pusingan mendadak pada kelajuan di tahap maksima.
Di bahagian ruang dalam kereta tersebut mempunyai kedap bunyi yang baik walaupun memandu pada kelajuan yang sangat tinggi sekali gus memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang.
Ini adalah disebabkan teknologi terkini di antara pengeluar kereta bekerjasama menghasilkan enjin Boxer Subaru FA20 dan enjin 4U-GSE Toyota 2.0 liter 16 Valve DOHC kombinasi sistem minyak Toyota D-4S.
Manakala di bahagian depannya berbentuk dinamik dan atap Pagoda untuk memberikan kestabilan aerodinamik yang boleh menarik perhatian ramai apatah lagi gril yang dilebarkan memberikan penyejukan kepada enjin.
Toyota FT86 juga mempunyai ruang muatan luas di bahagian depan memberi keselesaan kepada pemandu. Sistem keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake ABS-EBD (RISE), Sistem Pengawal Traction (TRC), Pengawalan Stabiliti Kenderaan (VRC) dan Sistem keselamatan beg angin.
FT86 juga dimuatkan dengan lampu Fog depan, spoiler belakang, Double Chrome Exhaust Finisher, empat Power Window dan kunci kawalan jauh.