Mantuka

Monday, February 18, 2013

Korando Kenderaan Utiliti yang Bergaya



TCY Motors hari ini memperkenalkan SsangYong Korando yang lebih mantap dan gagah dengan ciri-ciri menawan hati.

Model Korando diperbaharui ini menampilkan teknologi enjin Mercedez 2.0 Turbo Diesel yang disesuaikan dengan kenderaan itu untuk memaksimumkan tork sehingga 2000cc yang menjadikan enjin itu lebih gagah daripada enjin Korando sebelumnya. Ia juga lebih mudah dengan sistem transmisi automatik. 

Ia juga didatangkan dengan fungsi Power Mode sama ada untuk pemanduan 2WD atau AWD dengan hanya menekan punat berhampiran pengemudi kenderaan itu. 

SsangYong Korando terbaru ini turut dilengkapi dengan aksesori-aksesori baru keluaran khas SsangYong seperti panel telefon Bluetooth dan  bonet kargo yang lebih luas memberikan pelindungan sepenuhnya kepada kargo yang dibawa dari pancaran sinar matahari dan hujan.

Pengedar rasmi kereta jenama SsangYong, T.C.Y Motors mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke dewan pameran terdekat T.C.Y Motor di Gadong Sentral untuk menyaksikan sendiri dengan lebih dekat model terbaru, Korando ini.