Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, January 2, 2013

Saksikan Chevrolet Cruze jenerasi kedua 4hb Janauri 2013 ini nanti


 
Setelah GHK Motors Sdn Bhd Berjaya memperkenalkan kereta Chevrolet Cruze yang menjadi tumpuan kereta belia, sekali lagi, syarikat tersebut memperkenalkan Chevrolet Cruze versi terbaru 2013 yang akan dipamerkan nanti.

Orang ramai yang ingin menyaksikan kereta tersebut bolehlah mengunjungi bilik pameran Chevrolet di Bangunan Sumbangsih Bahagia, Beribi pada 4hb Januari ini bermula jam 9.30 pagi.

Cruze terbaru ini adalah jenerasi kedua sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2009. Cruze 2013 mempunyai beberapa perubahan seperti bumper depan dan belakang yang diubah suai, lampu fog bezel yang lebih besar berbanding jenerasi pertama. ianya boleh didapati sama ada transmisi Automatik atau manual.  

Selain daripada itu, Cruze tebaru ini mempunyai 5 kelajuan manual dan 6 kelajuan bagi transmisi otomatik, mempunyai dual airbag, system keselamatan ABS, kereta tersebut juga dianugerahkan dengan 5-bintang Euro NCAP keselamatan dan kereta Sedan terbaik oleh Majalah Motoring.

Dengan pengenalan ini Cruze terbaru ini, GHK Motors ingin mengumumkan promosi Chevrolet istimewa yang mana setiap pembelian apa jua jenis model jenama Chevrolet akan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.

Pemenang utama akan mememangi sebuah kereta Chevrolet Cruze 2013 1.6 (Auto). Hadiah-hadiah lainnya adalah seperti B$3,000, TV LED 46”, iPhone 5, iPad Mini, iPad 3 dan banyak lagi. Promosi ini akan berhalan dari 1hb Januari sehingga 3hb Jun 2013.