Mantuka

Hyundai i30N

Friday, December 21, 2012

Salah seorang pelanggan Goh Hock Kee Sdn Bhd memenangi B$10,000




Ummi Azifah Haji Abdul Lazis tidak menyangka tuah menyebelahinya apabila diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd (GHK Motors), sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wangtunai berjumlah $10,000.
    
Majlis cabutan yang diadakan di bilik pameran GHK Motors turut menyaksikan QAF Leasing Sdn Bhd dan Fong Yoke Pooi, masing-masing memenangi hadiah keduadan ketiga yang menawarkan wang tunai berjumlah $5,000 dan $3,000.

Pemenang saguhati lain juga tidak pulang dengan tangankosong, sebaliknya turut menerima hadiah seperti televisyen LCD 42 inci, Smart Phone, Samsung Galaxy Tab2 7.0, iPad, simpanan wang tunai bersama bank tempatan dan banyaklagi.

Promosi cabutan bertuah GHK Motors ini terbuka kepada penyertaan pelanggan GHK yang membeli kereta modal Mitsubishi atau Daihatsu dalam tempoh Jun 2012 sehinga 10 Disember 2012.


Cabutan bertuah inijuga adalah sebagai penghargaan GHK Motors kepada pelanggannya yang menaruh keyakinan pada modal Mitsubishi dan Daihatsu,yang dibekalkan oleh GHK.