Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, July 13, 2012

Peluang memenangi sebuah Kereta Kia Optima High-Spec


Syarikat Grand Motors telah berjaya menjadi agen kereta yang dipercayai dan telah mendapat kedudukan pertama dalam penjualan kereta tertinggi dinegara ini.

Bagi menyambut kejayaan itu, syarikat tersebut telah mengadakan promosi cabutan bertuah untuk memenangi sebuah kereta Kia Optima High-Spec secara percuma bernilai B$38,800.

Pelanggan hanya perlu membeli apa jua jenis kereta model ‘Kia’ semasa promosi dijalankan iaitu bermula 1hb Julai hingga 31hb Ogos 2012. Pelanggan yang yang telah membeli dalam bulan tersebut juga layak memenanginya.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, Frankie Ho jenama Kia Motors mula dipercayai setelah menghasilkan kereta-kereta ‘Kia’ terbaru seperti Picanto, Sorento, Optima, Rio dan Sportage yang mempunyai reka bentuk moden, keselamatan yang terjamin dan berkualiti tinggi.

Beliau berkata, purata penjualan selama enam bulan iaitu dari bulan Januari sehingga Jun 2012  telah berjaya menjual lebih 9 ribu unit jumlah keseluruhan kereta jenama Kia dan Mazda  yang membawa kepada kenaikan penjualan kereta terbanyak dinegara ini.

“Tahun depan bilik pameran Grand motors Sdn Bhd akan diubah suai mengikut standard 'Global Space Identity' (GSI) memberikan fasiliti sepenuhnya dari segi ruang, penyelenggaraan dan keselesaan pelanggan mengikut taraf antarabangsa, saya berharap penjualan kereta Kia semakin bertambah dan mengambil kepercayaan pelanggan akan jenama berkualiti tinggi buatan Korea tersebut. Dengan ini, bagi meraikan kejayaan penjualan tahun ini syarikat Grand Motors memberikan sbeuah kereta secara percuma dalam cabutan bertuah untuk memenangi sebuah kereta ‘Kia Optima High Spec’”, beliau berucap demikian.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi hebat dari Grand Motors Sdn Bhd yang mana setiap pembelian kereta Kia Cerato, pelanggan akan menerima ‘Pengetepian ansuran’ (waive installment) selama dua bulan.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini, orang ramai boleh menghubungi ditalian +6732443748 atau mengunjungi di Bilik Pameran Grand Motors Sdn Bhd, Beribi semasa waktu waktu bekerja.