Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label anggun. Show all posts
Showing posts with label anggun. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru

United Motors selaku pengedar kereta-kereta jenama Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru iaitu Gen2, Persona dan Saga FLX yang kini boleh didapati di bilik pameran United Motors Sdn Bhd.

Keluaran model terbaru ini bukan saja memberi kepuasan dari segi bentuk badan yang unik bahkan perkhidmatan berkualiti menjadikan Proton sebagai jenama yang mula dipercayai dinegara ini.

Ketepatan pengendalian pemanduan yang hanya diperolehi dari Lotus Ride dan teknologi seperti ABS dan EBD memastikan tayar anda kukuh di jalan raya. Rekaan ergonomic dengan sentuhan mendalam ketiga-tiga jenis model memastikan keselesaan dan kemudahan bagi keseronokan pemanduan sebenar.

Perlindungan penumpang mencegah kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangkakan atau secara mendadak, dengan adanya tali pinggang tempat duduk pra-tegang dan dua bag udara memastikan keselamatan dari sebarang impak dapat mengurangkan kecederaan pemandu atau penumpang didalamnya.

Salah sebuah kereta yang menjadi minat ramai ialah Proton Persona, rekaan yang kontemporari mengkagumkan pemilik yang didefiniskan sebagai kereta elegan. Dari hadapan hingga belakang, persona baru menunjukkan keanggunan dengan badan Persona yang dimuatkan dengan bodykit penuh, lampu LED belakang, aloi rim, dan ruang dalaman yang lebih luas.

Manakala, Saga FLX adalah kereta eksekutif mempunyai bentuk badan yang bergaya dilengkapi dengan Transmisi yang boleh diubah secara berterusan (Continously Variable Transmission (CVT), bagi perjalanan yang lancar. CVT tersebut menggunakan tali sawat bukannya menggunakan gear tetap untuk menjadikan torque enjin menjadi kuasa. Ini memberikan penukaran gear yang licin, lebih menjimat minyak dan emisi mesra alam.

Menurut Amran Junaidi dari United Mtoors, “Kereta ini mampu dibeli, kereta Proton dibina berprinsipkan Lotus Ride dan Teknologi Pengendalian yang kini dikendalikan sebagai Proton Ride and Handling. Teknologi pengendalian canggih ini adalah berasal dari pembuat kereta Lotus di UK yang diselidik untuk memberi keselesaan dalam pemanduan dan pengendalian termasuk keselamatannya”.

Dengan harga kereta yang terjangkau, harga kos yang murah dan senang mendapatkan peralatan ganti dan perkhidmatan penyelenggaraan adalah factor utama orang ramai mencari sebelum membeli kereta, Persona, Gen  dan Saga FLX adalah yang terbaik memberikan kaedah dan faedah untuk kepuasan pelanggannya.


Sunday, November 18, 2012

"Simplicity" Nissan Murano 2.5L jelas memberi kesenangan


Syarikat Boustead memperkenalkan Murano 2.5L yang terbaru merupakan generasi kedua yang keluarkan oleh pengeluaran jenama Nissan Motors. Dengan kedatangannya dinegara ini, media-media Brunei termasuk Mantuka.com serta orang ramai dijemput untuk mengikuti kempen uji pandu yang bertemakan “Simplicity” bermula hari ini sehingga 30hb November ini.
 
Ini untuk memberi peluang untuk pelanggannya yang berminat membuat pemeriksaan dan uji pandu kereta baru itu. Nissan Murano sebagai sebuah kereta SUV adalah model yang memenangi anugerah dan terus menjadi tanda aras dalam kategori prestasi, nilai dan gaya, dimana ianya merupakan salah satu kereta yang bergaya dan mempunyai kelas dikedua-dua dalaman dan luaran.


Murano 2.5L baru ini dilengkapi dengan ciri-ciri peralatan berteknologi tinggi seperti Electronic Fuel Injection Control (ECCS)transmisi Xtronic CVT, Power Assisted ABS, EBD dengan 18inci Tayar Alloy. Walaupun enjin Murano dimuatkan dengan QR25DE, in-line 4 Silinder, 16 Valve, DOHC, tetapi SUV tersebut yang mempunyai kuasa 2.5 Litre yang sangat kuat untuk apa jua jenis perjalanan direntasi.

Kereta datang dengan senarai yang cukup mengesankan ciri-ciri, termasuk akses tanpa kunci dan tekan butang pencucuhan, dwi-zon kawalan cuaca, fungsi ingatan untuk stering dan tempat duduk pemandu otomatik.
 
 
Semasa membuat uji pandu semalam, Nissan Murano 2.5L itu memberi pandangan yang kukuh, dalaman yang luas dan mempunyai banyak ciri-ciri yang hebat. Peralihan gear yang licin terbukti semasa dalam perjalanan. Bercakap mengenai membuat lencongan (Pemusingan) di kawasan roundabout, kawalan kereta itu agak susah itu dikawal walaubagaimanapun, ianya masih stabil.

Nissan Murano mempunyai evolusi gaya yang masih jelas “Murano”, dimana ianya merupakan satu perkara yang baik memandangkan hakikat bahawa ia menarik perhatian akan jenamanya tersendiri dan agak cantik secara terperinci jika dilengkapi dengan body kit baru.

Pada pandangan hujung depan merupakan ciri yang paling jelas, juga merupakan tanda “Murano”, selain daripada jeriji depan, headlamp yang mengintegrasi itu menjadi elemen tunggal diselut warna krom.. Selain daripada itu, kenderaan itu muncul untuk menjadi sangat kukuh dan terbina.
 

Tidak menafikan bahawa dalaman Murano mempunyai penampilan yang sangat menarik dan mempunyai aura udara segar yang menawarkan sesuatu yang baru dan berbeza dan ia menekankan keanggunan lebih agresif tipikal besar dan “Ganas”, SUV.
 Bersempena dengan keluaran Nissan Murano terbaru, Boustead Sdn Bhd mengadakan promosi yang mana dari sekarang hingga 30hb November ini, 10 pelanggan pertama yang membeli sebuah Nissan Murano 2.5L akan juga membawa balik hadiah berupa telefon Iphone 5. Jadi tunggu apa lagi, kunjungi Bilik Pameran Nissan di Beribi atau Kuala Belait untuk mendapatkan maklumat lanjut.