Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Syarikat NBT (B) Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Syarikat NBT (B) Sdn Bhd. Show all posts

Sunday, January 5, 2020

Pelancaran Toyota Altis Secara Digital


NBT Brunei Sdn Bhd semakin melangkah lebih jauh dengan melancarkan sebuah kereta barunya secara digital, ini menandakan industri otomotif di Brunei yang pertama melancarkan secara online dilaman sesawang Toyota Brunei.

Apa yang menarik, pelancaran kereta itu akan dibuat secara online melalui https://www.toyota.com.bn/first-digital-car-launch/ menjadi sejarah baru di Brunei Darussalam.

NBT akan menjadi yang pertama melancarkan kereta baru secara digital di Brunei dan juga di dalam industri otomotif.

Laman sesawang akan mula aktif pada 22 Disember ini dan log masuk untuk menyertai dalam kuiz harian untuk membuka kunci sebanyak 11 peringkat untuk memenangi hadiah menarik.

Toyota Corolla Altis akan mula dipamerkan di bilik pameran Gadong, Beribi dan Kuala Belait pada 2 Januari 2020. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh mengikuti Instagram @toyotabrunei untuk berita kemas kini.

Sunday, January 13, 2019

Pelancaran Lexus UX 2019

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Syarikat NBT (Brunei) Sdn Bhd semalam telah menampilkan model-model baharu Lexus UX yang datang dengan rekaan serba mewah kini berada di pasaran Brunei selepas dilancarkan di Bilik Pameran Lexus, Gadong semalam.

Majlis pelancaran bagi dua model Lexus UX200 Premium dan Lexus UX200 F-Sport itu telah disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Urusan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husen, Pengurus Besar Baiduri Finance Berhad, Haji Haliluddin bin Dato Paduka Haji Talib dan Pemangku Pengarah Urusan Takaful Brunei Am, Haji Shahrilidin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Haji Jaya di hadapan para pelanggan dan peminat setia model Lexus yang hadir pada acara tersebut.

Lexus UX baharu merupakan kereta sport utiliti vehicle (SUV) Crossover mewah yang direka melalui platform Global Architecture-Compact (GA-C) yang berbentuk tegap dan ganas, dengan pusat graviti rendah yang memastikan pemanduan dinamik dan mencengkam. Rekaan Lexus UX ini adalah untuk sempadan moden bagi memberikan pemiliknya pengalaman yang lebih besar.Dengan adanya Lexus UX 2019 pertama, pemandu akan mengalami pengalaman yang luar biasa.
 
Manakala ruangan kabin UX pula menampilkan reka bentuk teratur, dengan sentuhan jahitan ‘quilt’ Sashiko bagi balutan kulit kerusinya, menampilkan lebih bergaya dan tahan lama.

Dengan enjin 2 liter sejajar empat silinder dan transmisi 10 kelajuan kombinasi 10-kelajuan Direct Shift CVT, mampu menghamburkan kuasa sehingga 169 kuasa kuda, menandakan prestasinya yang sentiasa dinamik serta memberikan pemiliknya penjimatan minyak yang baik.

Manakala tahap keselamatan juga hampir sempurna apa lagi ia semakin dimodenkan di bawah konsep teknologi Lexus Safety System+ termasuklah Pre-Collission System (PCS), Adaptive  Cruise Control (ACC), Lane Departure Alert (LDA) dan Adaptive High-Beam System (AHS).


Dari saiznya ke garis karakternya yang diukir, setiap elemen dari crossover kompak Lexus UX adalah perwujudan bandar itu sendiri. Kejuruteraan untuk sesuai di bandar, namun direka untuk menonjol, UX tetap unggul walaupun di ruang yang paling ketat.

Cukup padat untuk bergerak di sekitar jalan-jalan sempit dan lincah untuk mengesan sama ada tempat letak kereta atau memandu, ia juga mempunyai kargo yang cukup dan ruang kabin untuk memenuhi segala-galanya dan semua orang, anda tetap mahu mengambil pengembaraan hujung minggu menggunakan UX ini.



Bagi menyaksikan sendiri kereta canggih dan bergaya ini, orang ramai dialu-alukan ke bilik pameran Lexus dan ikuti Lexus Brunei di Instagram dan Facebook yang manakala 15 pelanggan terawal membuat tempahan model-model ini, ditawarkan keahlian percuma dan penggunaan kemudahan tanpa had sebulan di Shine Cycle.

Pastikan awda mengikuti Mantuka di Instagram dan Facebook untuk berita uji pandu Lexus UX nanti.


Wednesday, August 22, 2018

Lexus ES Generasi Ke-4 Di Lancarkan


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Setelah lama menunggu akan keluaran model terbaru dari siri ES, penantian kini berakhir dengan kemasukan model Siri 2019, Lexus ES yang baru saja dilancarkan di Brunei Darussalam.

Bercakap mengenai jenama Lexus, pasti ramai yang memiliki keistimewaan dan karakteristik kereta mewah yang cukup digemari. Lexus ES adalah sebuah model premium yang mempunyai desain tersendiri.



Perubahan yang ketara dibahagian depan terutama dibahagian gril depan dan ruang dalaman yang mengetengahkan imej sebuah kereta premium dan berkualiti tinggi.

Keluaran wajah terbaharu Lexus ES telah berlangsung di Bilik Pameran Lexus, Gadong di mana tetamu khas NBT berpeluang untuk menyaksikannya dengan lebih dekat lagi.

Pelancaran model tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif NBT, Ninan Chacko, Timbalan Pengarah Urusan, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin dan Pengurus Jualan Besar Kanan, Leong Cheng Soon.


Setiap kereta dalam siri kenderaan Lexus, sering membawa inovasi dan ciri-ciri memandu yang tersendiri dan Siri Lexus ES terbaharu juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan inovasinya tersendiri dengan memperkenalkan ciri-ciri keselamatan terkini daripada segi reka bentuk yang lebih dinamik serta membantu meningkatkan kawalan semasa memandu dan rekaan dalaman kereta yang bukan sahaja nampak moden tetapi juga lebih menawan.

Pada masa yang sama, nadi penggerak Lexus ES, merupakan generasi keempat Lexus hybrid drive iaitu enjin 2.5 liter inline-4 terbaharu yang bukan sahaja menjimatkan minyak tetapi juga meningkat dari segi keselesaan memandu tanpa kompromi. 



Di samping mempunyai rekaan yang memberikan ruang but yang lebih luas, Lexus ES turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini seperti Active Cornering Assist (ACA), platform Global Architecture (GA-K) terbaharu, sistem Pop-Up Hood, monitor Blind Spot dan beg udara 10 SRS (Supplemental Restraint System).

Oleh itu, pihak pengurusan NBT mengalu-alukan orang ramai khususnya mereka yang berminat untuk menyaksikan ciri-ciri menarik kenderaan terkini dalam keluarga kenderaan Lexus untuk berkunjung ke ruang pameran Lexus terdekat.


Saturday, February 24, 2018

Malam Penghargaan untuk Pemilik Baru Lexus


Lebih 40 pemilik baru kereta jenama Lexus semalam diraikan dengan tajaan bagi menyaksikan wayang Blockbuster ‘The Black Panther’ yang sudah lama ditunggu-tunggu dipamerkan secara global.

Sebelum wayang mula dimainkan di Times Cineplex Empire, tiga pelanggan juga bertuah memenangi hadiah berupa baucer makan dari Syarikat NBT (Brunei) Sdn Bhd yang di undi oleh Penolong Pengurus Besar selepas Jualan Lexus, Haji Mansor bin Haji Mohammad Yassin dan Pengurus Lexus, Shahrum bin Haji Jaafar.



Menurut Clovien Pengurus Pemasaran NBT (B) Sdn Bhd, Awang Muhammad Clovien Abdullah Timpoh, pemberian tajaan tontonan dari Syarikat NBT (Brunei) Sdn Bhd adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan diatas sokongan terhadap Lexus selama ini. 

“Melalui acara ini, ianya akan membina hubungan erat diantara Lexus dan para pelanggannya seperti sebuah keluarga”.



Black Panther menampilkan kisah adiwira merentasi pelbagai cabaran bersama dengan Lexus FC. 

Dengan teknologi terkini, reka bentuk agresif dan prestasi tanpa bandingan, kereta tersebut sememangnya sempurna untuk karakter utama dalam filem tersebut, Wakanda yang menjadi raja sebuah negara berteknologi tinggi dan canggih di dunia. 

Filem Black Panther itu bermula dengan kepulangan Wakanda sebagai raja bagi menggantikan bapanya. Dia perlu membuktikan dirinya layak menaiki takhta dan mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapinya. 

Maka bagi memastikan adiwira itu pada prestasi terbaik, Lexus FC dicipta sebagai peralatan canggih memenuhi kehendak beliau. Ia dilengkapi dengan enjin 470 kuasa kuda, mantap dan prestasi menakjubkan dengan badan yang ringan diperbuat daripada aluminium dan karbon fiber, sesuai dengan aksi dan refleksi Black Panther.   

Bagi menyaksikan kecanggihan model Lexus FC dan aksi adiwiranya, filem Black Panther sudah pun mula ditayangkan di pawagam-pawagam Negara Brunei Darussalam.

Monday, June 8, 2015

Perhimpunan Kereta Toyota Corolla Klasik



Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Jika awda ada melintasi Bilik Pameran Toyota di Gadong pagi tadi, anda akan menyaksikan perhimpunan pemilik kereta Toyota Corolla yang terdiri dari model tahun 1960an hingga 1990an. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Syarikat NBT (B) Sendirian Berhad.

Perhimpunan tersebut merangkumi lebih 100 ahli Toyota kereta klasik menurut Shamrin bin Haji Abdul Latif selaku Pengerusi perhimpunan hari ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menghargai model-model kereta Toyota model lama yang sehingga kini masih kekal wujud dan dipamerkan mengikut dari model jenerasi pertama hingga model 90an termasuk model terkenal Toyota AE86 yang dikenali dengan kawalan kereta berkenaan.



Selain itu, mereka juga dapat berbincang dan juga mengeratkan lagi silatul rahim diantara para ahli Toyota kereta Klasik.

Dalam aktiviti yang disediakan termasuk pemberian secara percuma baju-T perhimpunan pemilik kereta Toyota, kereta hiasan terbaik dan kereta pemuliharaan terbaik akan menerima hadiah istimewa dari NBT (B) Sdn Bhd.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Perhimpunan Kereta Toyota Corolla Klasik.




Thursday, May 28, 2015

Uji Pandu Toyota Camry 2015


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Selepas 34 tahun berlalu, merentasi tujuh jenerasi dan telah berjaya menjual 20 juta unit diseluruh dunia, model Camry keluaran jenama Toyota masih memegang mutu kerja yang berkualiti dan reka bentuk bergaya dalam kelasnya.

Kini NBT (B) memperkenalkan sebuah lagi jenerasi terbaru Toyota Camry berwajah baru yang menjadi model sedan jenis perdana di negara Asia. Kali ini, Camry serba baru menawarkan sebuah kereta yang mewah, lebih luas, berkualiti dan berteknologi tinggi seperti yang dijelaskan oleh Teknikal Jualan NBT (B) Sdn Bhd, Red Alejo semasa sesi uji pandu ringkas yang dianjurkan oleh Syarikat NBT (B) Sendirian Berhad.

Pihak media tempatan diberi peluang untuk membuat uji pandu keluaran terbaru Toyota Camry yang menjadi tarikan umum pada sekian lama. Perjalanan dari bilik pameran Toyota NBT (B) Sdn Bhd, Gadong menuju ke Mangrove Resort di Sungai Besar mengambil masa 40 minit untuk sampai ke destinasi.


Walaupun ianya sebagai uji pandu ringkas tetapi pemanduan itu boleh dikatakan cukup untuk memeriksa kehebatan kereta Camry. Toyota yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam memperkenalkan dua jenis varian iaitu model versi 2.0 liter dan juga 2.5 liter dan pihak penganjur memberi peluang untuk mencuba kedua-dua kereta tersebut.

Semasa memasuki ruang Camry 2.0 melihat ruang dalam yang luas dengan papan pemuka direka sempurna dan nampak moden. Memulakan perjalanan menuju ke destinasi, penulis Mantuka.com mengambil kesempatan untuk mencuba panel-panel yang memberikan fungsi kemudahan pemandunya. Sebelum menyentuh mengenai fungsi kereta tersebut, penulis Mantuka.com ingin menjelaskan pendapat mengenai desain dan spesifikasi yang tedapat didalam Toyota Camry serba baru ini.



Camry 2015 dilengkapi dengan enjin 2.0 empat silinder sebaris DOHC Dual VVT-iW yang digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan menggantikan transmisi 4-kelajuan pada model sebelumnya. VVT-iW juga mempunyai teknologi tersendiri membolehkan pemandu menukar kelajuan pada masa yang tepat. Dari segi reka bentuk Camry nampak lebih inovatif dan mewah terutama dibahagian depan yang menjana kepada warna krom bentuk trapezoidal dibahagian gril hadapan dan memastikan besi krom itu berhubung dengan logo Toyota dan belakang yang lebih lebar.

Tambahan lagi, Camry 2015 mempunyai penampilan dengan HID LED DRL lampu keselamatan memandu di waktu pagi.

Semasa membuat perjalanan, penulis merasakan perjalanan yang senyap sehinggakan perbincangan antara penulis Mantuka.com bersama ahli penjual NBT dengan jelas didengar tanpa gangguan bunyi angin ataupun bunyi enjin kereta.

Setelah disoal mengenai kesenyapan kereta ini, Camry terbaru ini ditambah dengan kedap (sealing) yang lebih tebal di lima lokasi didalam kabin bagi menghalang bunyi memasuki ruang kabin sekaligus meningkatkan keselesaan semasa pemanduan perjalanan jauh pada kelajuan yang tinggi. Kesemua maklumat pemanduan dan status kereta turut dipamerkan didalam monitor digital kecil dibahagian odometer untuk memberi maklumat keselamatan, penggunaan minyak, panggilan telefon, keadaan kereta, perjalanan dan banyak lagi.




Apa yang dapat dipuji mengenai kereta ini ialah system penjimtan minyak yang terjamin, selain member amaran penggunaan minyak berlebihan semasa memandu, Toyota Camry turut mempamerkan indikasi keputusan keseluruhan penggunaan minyak dalam setiap perjalanan selepas mematikan enjin kereta.

Selain itu, semasa membuat pusingan, stering kereta terasa agak mudah untuk dikawal dari bantuan kombinasi Electric Power Steering (EPS) dan suspension yang disemak semula menawarkan tindak balas sempurna kawalan kereta.

Bercakap mengenai versi 2.5 liter, ianya dimuatkan dengan enjin 2.5 empat silinder sebaris DOHC Dual VVT-i terkenal prestasi optimum dan penjimatan minyak yang turut digabungkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan Super Electronic Controlled Transmission (ECT). 


Perjalanan dari Sungai Akar menuju ke Kampung Mentiri memberi peluang kepada penulis untuk mencuba pestasi kereta ini yang mampu mencapai kelajuan maksima kepada 200 kuasa kuda. Perlepasan awal kereta ini tidak menjadi masalah kerana Camry mempunyai kuasa torque 231 Nm bersamaan 4,100 rpm.

Kereta tersebut bukan sahaja memberi keselesaan walaupun dalam kelajuan ditahap tinggi bahkan bunyi yang senyap dan tiada gegaran semasa mengawal kereta membuat pusingan sedikit melencong.

Menyentuh mengenai keselamatan, pemandu terjamin dengan kelengkapan tujuh bag udara bagi versi 2.5L dan empat bag udara bagi versi 2.0L. Selain itu, tempat duduk Camry direka khas bagi menjaga kecederaan leher jika berlakunya kemalangan. Antara fungsi-fungsi yang turut dilengkapi ialah Anti-Lock Braking System (ABS), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Hill-Starting Assist Control (HAC), sensor sudut dan undur serta kamera undur dengan panduan dinamik.



Monday, April 13, 2015

Uji Pandu Lexus RC-F

Lexus RC-F setentunya akan membawa pemandu ke peringkat seterusnya kereta buas Lexus RC-F yang baru saja diperkenalkan dinegara ini.
Dalam dunia di mana Mercedes-Benz membuat hatchback padat, Porsche membuat SUV, BMW membuat skuter, mengapa Lexus tidak terfikirkan untuk mewujudkan sebuah kereta coupe sport gemuruh?

Kini tiba masanya penampilan Lexus RC-F baharu yang akan menjadi sangat ketara. Dan sangat kuat. Dan sangat cepat.

Baru-baru ini pihak Mantuka.com telah dijumput untuk menyaksikan penampilan keluaran Lexus RC-F baharu dan diberi peluang oleh Syarikat NBT (B) Sdn Bhd untuk membuat uji pandu kereta tersebut.


Rim 19” F Sport Alloy dimuatkan dalam RC-F

Di reka bentuk dengan gaya, mewah, sentuhan halus dan prestasi tinggi, Lexus telah berjaya mengeluarkan sebuah lagi kereta yang ditampilkan sebagai kereta sportif dan mewah sekaligus menawan bagi yang minat kombinasi sesebuah kereta jenis kesukanan.

Kereta Lexus RC-F yang membawa kekaguman penulis setelah merasakan kuasa tahap maksima Lexus RC-F yang pernah digossip bahawa kereta tersebut tidak akan dibawa kenegara Brunei Darussalam sekarang ada didepan mata penulis pada masa itu.

Lexus RC-F yang direka bentuk mengikut falsafah LC3 iaitu Change Ourselves, Creating New Value of Premium Market dan Challenge to be Progressive Luxury Brand adalah rekaan kombinasi  dari kereta konsep Lexus iaitui LFA, LF-LC dan LF-CC, menjadikan sebuah kereta coupe berprestij tinggi sebagai Lexus RC-F. Setelah ianya dibawa masuk ke Negara ini ianya sebagai satu sejarah baru bagi Syarikat tersebut untuk menampilkan kereta yang sudah lama ditunggu-tunggu.

Lampu depan jenis LED, Daytime Running Light (DRL) dengan desain tersendiri.
Perjalanan uji pandu dari Hotel Empire & Country Club menuju ke Lebuhraya Jerudong sudah cukup untuk memeriksa prestasi kereta tersebut walaupun keadaan jalan begitu sesak, RC-F dengan tahap kelajuan mencacah 470 kuasa kuda bersamaan 7100 rpm dan 530 Nm  bersamaan 480 rpm secara mudah mencapai destinasi dengan begitu cepat.

Walaupun kereta ini dikira sebagai kereta sportif, RC-F juga mempunyai mode yang boleh dipilih mengikut kemahuan tatacara pemandu seperti ‘Normal’, ‘Eco mode’ dan ‘Sport’. Jika itu tidak mencukupi, pemandu agresif boleh menukar mode kepada ‘Sport+’, seperti kata yang disampaikan oleh ahli Syarikat NBT (B), Hanafi Manaf, “Anda telah merasakan pelbagai mode didalam kereta ini, tetapi dalam mode S+ susah hendak dikatakan, kerana inilah tahap maksima yang terdapat didalam model Lexus RC-F”.

Konsultan Jualan Lexus NBT (B), Hanafi Manaf
Apa yang beliau katakan itu memang benar, dengan menukar mode kepada ‘Sport+’, dengan hanya menekan minyak kereta sedikit sudah mula membuat penarikan gravity dan cengkaman tayar untuk berlepas dan mempunyai bunyi yang ganas dari enjin V8.

Wartawan Mantuka.com semasa uji pandu
Semasa di lebuhraya, penulis merasakan kelajuan yang begitu cepat tetapi apa yang membuat penulis hairan, pengawalan kereta tersebut sangat mudah, menurut Hanafi, ini adalah beberapa teknologi Lexus diperkenalkan di dalam kereta ini. Antaranya High Rigidity Bodyshell with large road footprint bagi memberi potensi kedinamikan dan Electronic Power Steering (EPS) with damper-less intermediate shaft, sistem ini memberi pengawalan stering yang lebih responsive dengan bantuan sistem elektronik.

Selain itu, RC-F turut dilengkapi dengan Torsen Limited Slip Differential (LSD) sebagai aset penting meningkatkan traction dan kestabilan pemanduan yang pernah dibuktikan didalam kereta model Lexus IS F, kereta ini akan sentiasa stabil walaupun ditahap kelajuan yang tinggi.

Lexus RC-F mempunyai transmisi 8-kelajuan Sport Direct Shift (SPDS) dipadankan dengan 5.0 Liter V8 enjin, sebagai enjin terkuat Lexus.

Bercakap mengenai ruang dalam RC-F, papan pemuka kereta tersebut direka seperti didalam kokpit sebuah pesawat yang memberikan pelabagai maklumat penting untuk pemandunya. Antaranya, mode pemanduan, Speedometer, G-Force Meter, ukuran suhu minyak dan air, odometer dan stopwatch.

Dengan sistem terbaru yang dipanggil sebagai Remote Touch Interface (RTI), ianya berfungsi sebagai tempat sesentuh bagi mengawal fungsi-fungsi yang ada didalam kereta secara mudah, dengan menggunakan jari, RTI akan dapat mengawal audio, navigasi, cuaca, telefon dan sistem kenderaan didalam monitor.

Remote Touch Interface (RTI), mengawal fungsi-fungsi yang ada didalam kereta secara mudah.

Jarak roda RC-F lebih pendek berbanding dengan IS. Ini menjadikannya lebih pantas dan tajam apabila membuat selekoh. Sudah tentu, ruang kabin dikompromi, tetapi RC mempunyai dua barisan tempat duduk (2+2). Tempat duduk belakang tidak sesuai untuk perjalanan yang panjang, walaupun terdapat lebih sedikit ruang di belakang daripada banyak coupe Eropah.

Ruang dalam yang nampak mewah dan rekaan sempurna didalam Lexus RC-F
Bagi keselamatan pula, Lexus RC-F dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Pra-Kemalangan, Amaran pemindahan jalan (LDA), amaran titik buta (BSM), amaran Rear Cross Traffic (RCTA), Automatic High Beam (AHB), Sistem Amaran Pressure Tayar Automatik (AL-TPWS) dan kelengkapan 8 bag SRS.

Lexus RC-F setentunya akan membawa pemandu ke peringkat seterusnya dalam pemanduan sebuah kereta yang mempunyai pelbagai faedah dan kaedah disamping menjadi tontonan ramai dengan bentuk badan rugged dan bergaya mengikut gaya seseorang pemandu.

Ingin mengetahui sentuhan menguji pandu sebuah kereta berprestasi tinggi dari jenama Lexus? Ini lah peluang anda untuk mengunjungi Bilik Pameran Lexus di Gadong untuk mencuba kereta buas Lexus RC-F yang baru saja diperkenalkan dinegara ini.

Perhatian yang teliti terhadap aerodinamik untuk menyediakan kestabilan kenderaan dan prestasi penyejukan yang diperlukan untuk pemanduan sukan "F", dan membantu memastikan kawalan yang sangat baik, terutamanya pada kelajuan tinggi.

The SmartAccess keyfob membolehkan anda mengunci dan membuka kunci pintu anda dan mula menekan butang Start/Stop tanpa perlu mengambil kunci anda dari poket atau beg tangan anda. Sebaik sahaja sensor mengesan kehadiran kunci SmartAccess anda, kunci pintu akan buka secara automatik apabila anda menyentuh pemegang depan pintu.
Roda stereng direka dengan teliti dengan tumpuan fokus yang sama pada fungsi bahagian luar untuk menyatukan kereta dan pemandu dalam pemanduan sukan di trek perlumbaan, bersama-sama dengan kawalan yang sangat memuaskan di jalan.