Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label S7. Show all posts
Showing posts with label S7. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Audi pengangkut rasmi tayangan perdana Yasmine Brunei

Gambar oleh Audi Brunei: Reza Rahadian menikmati keselesaan Q7.
Selepas kejayaan mengeluarkan Tayangan 'Yasmine' di Negara Brunei Darussalam, Audi Brunei turut memainkan peranan apabila menjadi pengangkut rasmi untuk pelakon dan krew filem tempatan, Yasmine, semasa tayangan perdana di Brunei Darussalam pada 16 Ogos lalu di Panggung Wayang Empire di Jerudong.

Yasmine adalah filem aksi komersil pertama di Brunei Darussalam yang diarahkan oleh pengarah tempatan, Siti Kamaluddin. Selain daripada pelakon utama, Liyana Yus dan Nadiah Wahid, T.C.Y. Motors selaku pengedar tunggal Audi di pasaran Brunei Darussalam, memastikan pelakon-pelakon lain seperti Dato M. Nasir, Reza Rahadian dan Roy Sungkono hadir ke acara tayagan perdana dengan gaya Audi yang disediakan seperti Audi A8L, S7, A7 Sportback dan Audi A3 Sedan yang baru-baru ini dilancarkan. 

Audi akan kembali pada skrin besar tahun depan dalam The Avengers: Zaman Ultron.

Gambar oleh Audi Brunei: Roy Sungkono menikmati perjalanan dalam Audi A7 Sportback.

Gambar oleh Audi Brunei: Dato M. Nasir tiba ke acara dalam Audi A6 Avant.

Thursday, June 12, 2014

Audi Q7 Edisi S-Line memberi kepuasan pemandu

Audi pernah menampilkan model Q7 sebuah SUV yang menjadi popular dinegara ini oleh TCY Motors Sdn Bhd beberapa tahun lalu, dan kini, sekali lagi syarikat tersebut mendatangkan model Q7 S line dengan gaya sportif dan berkuasa tinggi.

Kali ini, Audi Q7 S line kembali dengan model Edisi Sport yang menambah ciri-ciri eksklusif berbanding dengan Q7 sebelumnya. Model ini bukan sekadar model, ini adalah Edisi Sport yang mempunyai pelbagai tambahan dan prestasi kemajuan Q7 dari jenama Audi. 

Reka bentuk Audi Q7 tidak begitu berbeza dengan yang standard, ianya masih mempunyai 7 tempat duduk individu dan ruang sebesar 775-2,035 liter kapasiti kargo. Walaubagaimanapun, S line mempunyai perubahan dari segi Hud enjin, fenders depan dan bumper belakang yang diperbuat dari aluminium.

Selain itu, dalam pakej S line ini pelanggan akan menerima spoiler bumper yang rendah, skid plates keluli dan dua paip eksos berbentuk bujur, perubahan ini bukan untuk hiasan sahaja bahkan ianya meletakkan prestasi kereta tersebut yang lebih baik.  

Enjin Q7 digabungkan dengan 6-silinder diesel supercharged V6 unit 3.0 TDI quattro dengan 180kW sebuah kuasa enjin teknologi Audi yang mempu mencapai kelajuan sehingga 245hp bersamaan 550Nm kuasa tork. Enjin tersebut juga digabungkan dengan all-wheel drive 8 kelajuan tiptronic. 

Model Q7 S Line datang dengan peralatan standard yang unik. Audi menawarkan lampu depan berteknologi Xenon termasuk lampu LED bagi perjalanan diwaktu pagi, sistem letak kereta Audi dengan panduan visual dan akusti dan sistem Audi Music antara muka.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Audi Q7 S Line Edisi Sport.