Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, May 22, 2019

Majlis Bersungkai untuk Pemilik-Pemilik MINI



Pemilik-pemilik MINI di Brunei Darussalam petang tadi diberikan dengan pelbagai juadah Sungkai oleh MINI Brunei sempena Bulan Ramadhan yang disambut diseluruh dunia.

MINI Brunei buat kali keduanya mengambil peluang untuk mengadakan majlis bersungkai bersama pelanggannya di restoran Millenium yang dihadiri seramai 150 jemputan.


Turut hadir pada majlis itu Presiden Persatuan MINI, Romzi bin Haji Mohd Yusof yang mengetuai konvoi MINI berkonvoi dari Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah.

Pengurus Besar QAF Auto, Siva Kumar Krishnan berkata, “semasa penyatuan di bulan ramadhan, ini adalah peluang besar untuk menunjukkan penghargaan kepada para pemilik-pemilik menjadi sebagai ahli MINI dan berharap untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan pelanggan hampir kepada kami.


Beliau juga berterima kasih kepada semua pelanggan MINI yang telah menyokong dan memastikan MINI akan sentiasa memberi rantau ini dengan kenderaan dengan warisan yang berkekalan, semangat induvidu dan teknologi berinovatif.

Friday, July 10, 2015

Promosi 'Pusingan Makanan Ramadhan' di Volkswagen Brunei


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Maju Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di Brunei ketika ini menjalankan promosi ‘Pusingan Makanan Ramadhan’ yang mana pelanggan berpeluang memenangi pusingan secara percuma.

Pusingan Makanan Ramadhan dibukakan kepada kesemua pelanggan Volkswagen yang membuat uji pandu, mengambil atau dihantar kereta Volkswagen baru mereka dan pelanggan akan berpeluang untuk memusing roda untuk mencuba nasib mereka memenangi hadiah-hadiah istimewa.

Di dalam roda makanan itu, ada beberapa restoran seperti Saffron, Pondok Sari Wangi, Au Lait, iLotus dan Buffalo Steak House untuk dimenangi. Didalam itu juga terdapat baucer membeli-belah dengan nilai yang berlainan yang juga boleh dimenangi.

Prosesnya sangat mudah dan hanya untuk mengisi borang uji pandu atau mengambil atau dihantar kereta Volkswagen baru pelanggan.

Selain itu juga, jangan lupa Volkswagen Brunei juga telah menjalankan tawaran hebat Hari Raya. Pelanggan yang membeli kereta di Maju Motors akan berpeluang memenangi 100 jenis hadiah termasuk hadiah wang tunai sebanyak B$5,000, gajet Apple dan Samsung terkini, barangan elektronik dan pakej penjagaan kereta.

Kepada sesiapa yang membeli model Volkswagen diantara 15 Mei hingga 15 Julai secara otomatik mengikuti cabutan ini. Jadi jika anda ingin memiliki kereta baru, jangan lupa untuk mengunjungi Volkswagen Brunei dan menjalankan uji pandu untuk mengetahui kereta mana yang sesuai untuk awda.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 2655111 untuk menempah uji pandu atau sebarang pertanyaan lainnya.

Ikuti Volkswagen Brunei di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita terkini dari Volkswagen.