Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Land Rover Discovery Sport. Show all posts
Showing posts with label Land Rover Discovery Sport. Show all posts

Sunday, December 10, 2017

Uji Pandu Land Rover Discovery Sport



Indera Motors memperkenalkan Land Rover Discovery Sport terbaru kepasaran Negara Brunei Darussalam, model tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan terutama dikalangan peminat kereta jenis Sport Utility Vehicle (SUV).


Discovery Sport terbaru didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai desain yang munjung dengan gril depan nipis tidak lari dari konsep kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini.  Setentunya sesiapa yang memandu kereta ini akan dilihat ramai dari desain anggun tersendiri dan jenama yang disebut-sebut sebagai jenama mewah.

Tambahan baru lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam, gagah dan besar bagi sebuah SUV yang menunjukkan penampilan keseluruhan kereta ini tidak begitu berbeza dengan kereta Range Rover Evoque.  

Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera intergriti dalam sebuah kereta kompak.

Semasa menjalankan uji pandu baru-baru ini, penulis permotoran tidak sia-sia menguji prestasi kegagahan kereta ini.  Discovery Sport ini mampu memberi kuasa secukupnya untuk perjalanan yang sentiasa sibuk mengejar masa. Apa yang dimaksudkan itu, dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan memberi perjalanan licin tanpa sebarang gegaran mahupun gerakan berat semasa perlepasan awal.


Apa yang patut dipuji mengenai model SUV ini, semasa meneroka perjalanan di jalan raya mahupun luar jalan, pemandu tidak merasa gegaran atau hentakan ditempat duduk, kerusi yang nyaman dengan bantuan lumbar adalah antara dari rahsia terdapat di dalam kereta dilaraskan secara elektronik dengan menekan punat berhampiran kerusi pemandu dan penumpang depan.

Tambahan lagi semasa perjalanan ke kawasan kampung yang mempunyai perjalanan tidak rata dengan menggunakan Active Driveline, klac kawalan elektronik yang beroperasi mengikut peredaran tork pada roda akan menjadi lebih mencengkam seperti mana yang dikehendaki. Ia juga akan memantapkan lagi pengendalian pada laluan yang sukar dan gandar belakang boleh ‘dikunci’ apabila berada di laluan licin.

Banyak fungsi penting dimuatkan di dalam kereta ini, antaranya, Adaptive Dynamics dengan peredam MagneRide™ pula menambah keselesaan pemandu dan penumpang. Ia menawarkan pelarasan yang lebih adaptif bergantung pada keadaan jalan. MagneRide™ juga mengurangkan gerak badan kenderaan dari graviti dan meningkatkan kestabilan sewaktu merentasi laluan yang sukar.

Banyak inovatif yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik dan melalui diluar jalan biasa, dari Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) kepada MagneRide adaptive dampers. Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan yang mana teknologi yang dimuatkan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).


Penambahan terbaru termasuk sistem infotainment dengan 8-inci skrin sentuh kepada bag udara berjalan kaki bagi mengurangkan akibat pelanggaran. Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, system kamera keliling HD, lampu autotmatik, sensor undur, system Navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.

Saturday, August 26, 2017

Land Rover Experience Tour Brunei 2017 dilancarkan





Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam baru-baru ini melancarkan Land Rover Experience Tour Brunei 2017 di kawasan letak kereta di depan Museum Alat-alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

Pembukaan rasmi disempurnakan oleh Pengarah Urusan Indera Motos Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen bersama ahli pengurusan Indera Motors Sdn Bhd. Acara tersebut diadakan buat kali pertama di Negara Brunei Darussalam yang mana bertujuan untuk mempamerkan bukan saja jenama premiumnya bahkan keseronokan, mendebarkan dan jenama pertualangan.

Selain mengejar masa melalui pelbagai halangan yang mencabar menggunakan model-model Land Rover Discovery, Range Rover Evoque terbaru, para peserta juga mempelajari fungsi-fungsi terbaru dilengkapi di dalam model-model Land Rover.

Land Rover telah mengumumkan pertandingan serantau memberi peserta peluang untuk memenangi Land Rover Experience Tour ke Amerika Selatan, yang mana mereka akan memandu keluaran terbaru Land Rover Discovery melalui ekspidisi selama enam hari melalui gunung, Hutan dan padang pasir.

Acara kelayakan di wilayah Asia Pasifik akan diadakan nanti dan empat peserta teratas yang layak dari setiap Negara akan mendapat tempat untuk peringkat akhir wilayah.

Acara kelayakan di Brunei bermula hari ini 25 hingga 27 ogos semasa Land Rover Experience Tour Brunei diadakan dan orang ramai dialu-alukan untuk menyertai pertnadingan tersebut secara percuma.

Untuk mendaftar, orang ramai hanya perlu melayari laman web Land Rover Brunei atau menghubungi Hotline 8226201 bagi mendapatkan jadual slot masing-masing. Peserta dengan markah tertinggi akan memenangi penerbangan untuk dua orang ke pertandingan peringkat akhir wilayah di Laos pada akhir bulan September bertanding dnegan pemenang dari pelbagai Negara di wilayah lainnya.

Friday, August 28, 2015

Pelancaran Land Rover Discover Sport


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Indera Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal bagi jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei baru-baru ini melancarkan keluaran terbaru Land Rover Discovery Sport, sebuah kereta Kompak Sport Utility Vehicle (SUV) yang versatil.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris berlangsung di Empire Theatre, Jerudong.


Pelancaran Discovery Sport ini menjadi satu masa yang penting bagi Syarikat berkenaan dan jenama itu dalam sejarah Land Rover yang telah memberikan yang terbaik kepada pelanggannya selama 66 tahun. Discovery Sport direka menggabungkan tempat duduk 5+2 konfigurasi dengan rekaan dan jurutera intergriti dalam sebuah kereta kompak.

Discovery Sport terbaru ini mendapat sambutan yang menggalakkan didatangkan dengan penampilan futuristik, wajah depan mempunyai desain yang munjung dengan gril depan nipis tidak lari dari konsep kereta-kereta jenama Land Rover sebelum ini. Tambahan lagi lampu LED dan bumbung C-pillar membuatkan Discovery Sport lebih mengancam dan besar. Bagi penulis, bentuk dan rupa kereta ini tidak begitu berbeza dengan kereta Range Rover Evoque tetapi ianya lebih besar.




Bagi pasaran Negara Brunei Darussalam, ia akan dipadankan dengan enjin 2.0 Direct Fuel Injection Turbocharged digabungkan lagi dengan transmisi 9-kelajuan, selain itu menawarkan enam silinder prestasi pakej kompak yang mengurangkan berat dan mengurangkan emisi CO2 kepada 20 peratus.

Banyak inovatif yang membuatkan Discovery Sport menjadi unik dan melalui diluar jalan biasa, dari Variable-ratio, electric power-assisted steering (EPAS) kepada MagneRide adaptive dampers. Discovery Sport juga mampu mengharungi pelbagai keadaan jalan yang mana teknologi yang dimuatkan termasuk Hill Descent Control (HDC), Gradient Release Control (GRC), Wade Sensing, Roll Stability Dynamic (DSC), Electronic Traction Control (ETC) dan Engine Drag Torque Control (EDC).

Penambahan terbaru termasuk system infotainment dengan 8-inci skrin sentuh kepada bag udara berjalan kaki bagi mengurangkan akibat pelanggaran. Antara teknologi lainnya termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), amaran penukaran jalan, Traffic Sign Recognition, system kamera keliling HD, lampu automatik, sensor undur, system Navigasi satelit HDD dan bantuan letak kereta.




Land Rover Discovery Sport boleh didapati dengan tiga jenis varian iaitu S, SE dan HSE dijual dengan harga perkenalan buat masa ini. Pelanggan boleh menyaksikan kereta tersebut atau membuat uji pandu di Lot Q2, Q3 dan Q4, Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang untuk hari Isnin hingga khamis, Jumaat dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 5 petang dan Sabtu dari jam 8 pagi hingga 4 petang.