Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Kumpulan Volkswagen Singapura. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Volkswagen Singapura. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

1,000 Kereta Volkswagen bagi Tahun 2014

Maju Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam, telah mencapai 1,000 jualan kereta dalam tempoh setahun, dan hari ini pemilik kereta Volkswagen ke 1,000 telah diserahkan kepada pemiliknya Kartini.

Dalam satu temu bual, Dk Kartini berkata, "Saya berasa bertuah dan gembira dan saya tidak sangka bahawa saya akan menjadi pelanggan yang ke 1000 membeli kereta Volkswagen. Saya memilih Volkswagen kerana ia adalah salah satu kereta yang terkenal dan berjenama tambahan lagi Volkswagen Brunei juga menawarkan Volkswagen Vento dengan harga yang berpatutan, namun penuh dengan teknologi canggih."

Pembuat kereta nombor satu di ngara eropah dan tempat kedua di dunia meneruskan pembangunan kukuh mereka di Negara Brunei Darussalam. Model yang terlaris dijual pada tahun ini ialah Vento Sedan yang telah dilancarkan pada bulan Februari lalu. Selain itu, banyak permintaan bagi model Polo, Golf, Scirocco dan Tiguan.

Sejak dua tahun yang lalu, Maju Motors Sdn Bhd telah mencatatkan bahawa pada tahun 2012, sebanyak 163 unit telah dijual manakala pada tahun 2013, sebanyak 347 unit telah dijual dan jualan keseluruhan bagi 2014 hanya akan diumumkan pada akhir bulan Disember, tetapi Maju Motors telah mencatat rekod terbaru bagi tahun ini.

“Menyerahkan 1,000 kereta kepada pelanggan dalam masa setahun adalah pencapaian terbesar bagi syarikat,” kata, Pengarah Ekseutif Maju Motors, Chan Key Hong.

“Kesemua model Volkswagen menawarkan standard otomotif teknologi dan keselamatan tertinggi dengan harga yang menarik, dan saya sukacita melihat respon baik oleh warga Brunei, dengan Kumpulan Volkswagen Singapura sebagai peranan pengedar rasmi kereta Volkswagen ke Brunei sejak Januari 2014, Maju Motors telah Berjaya membawa jenama dan produk lebih dekat dengan pelanggannya”.

Bagi mengiktiraf kerja keras para pelanggan Maju Motors sdn Bhd, syarikat tersebut telah menganugerahkan setiap seorang hadiah istimewa berupa sebuah Apple iPhone 6.

“Hadiah tersebut adalah sebagai tanda terima kasih kepada individu yang mengambil peranan membawa jenama sehingga hari ini, kata Chan Key Hong.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar 1,000 Kereta Volkswagen bagi Tahun 2014.

Klik disini untuk versi Inggeris.




Sunday, October 5, 2014

Uji Pandu Antarabangsa VW Golf R di Singapura

Memang seronok apabila penulis Mantuka.com diberi peluang untuk menguji kereta Volkswagen Golf R di Jalan raya Singapura, ianya sebagai satu peluang terbesar yang diberikan oleh Volkswagen Singapura. Penulis mensyorkan bahawa pemilik Golf R MK7 ini tidak akan menyesal untuk memilikinya. Pemilik Golf R akan berbangga untuk memiliki sebuah kereta yang berprestij tinggi, apatah lagi memiliki kereta berjenama Volkswagen.

Berbanding dengan model Golf yang lain, Mantuka.com berpendapat bahawa MK7 ini mampu dikawal dengan mudah, apatah lagi sistem kawalan pemanduannya banyak dibantu oleh gajet elektronik terkini yang dipadankan dalam kereta ini. Tambahan lagi, penulis minat memandu kereta yang mempunyai kuasa tinggi, kereta ini adalah pilihan yang sesuai untuk pemilik yang mempunyai perasaan yang sama dengan penulis Mantuka.com sebab kereta ini di inspirasi daripada jentera lumba dan memberikan ledakan adrenalin tulen sebuah kereta.

Jika melihat generasi model Golf R terbaru ini, ianya tidak banyak perbezaan dengan model Golf GTI sebelumnya tetapi MK7 ini menggunakan kejayaan dari MK6 termasuk bentuk badan yang lebih lebar dan sportif, kereta ini juga tidak kurang dengan prestasi pecutannya dijana oleh enjin petrol serba baharu dengan kapasiti 1,984cc turbocaj TSI, 4-silinder dan 16-injap yang menghasilkan kuasa maksimum sehingga 280 kuasa kuda pada 6,200rpm menjadikan sebuah enjin empat silinder yang kuat.

Cuaca sangat baik, sesuai untuk mengerah tenaga kereta ini di jalan raya kawasan Changi yang juga tidak begitu sempit untuk membuat uji pandu tersebut. Janaan kuasa Golf terbaharu ini mampu memberi kepuasan penulis dengan hanya menekan sedikit minyak menyalurkan kuasa kuda yang begitu kuat. Ini kerana MK7 digabungkan dengan transmisi DSG enam kelajuan dan kuasa itu disampaikan ke semua empat tayar melalui sistem pacuan semua roda 4MOTION baharu. Sistem ini menyalurkan kuasa kepada keempat-empat tayar sehingga ke tahap maksima.

Walaupun tidak berpeluang untuk menguji sepenuhnya kuasa dan kemampuan Golf R diatas kesuntukan masa, kami sebagai penulis berasa kagum dengan kuasa yang disalurkan oleh model terbaharu dari Volkswagen ini yang menyalurkan kuasa dengan lebih ketara berbanding yang terdahulu.

Golf R ini mampu memberi pilihan profil tersendiri, ini bermakna sebanyak lima pilihan program boleh dipilih oleh pemandu mengikut keperluan masing-masing. Program 'Dynamic Chassis Control' ini termasuk 'Comfort' bagi pemanduan selesa, ‘Eco’ bagi ekonomi, ‘Normal’ untuk pemanduan biasa, ‘Individual’ bagi pemandu secara profil individu dan yang istimewa ialah ‘Race’ bagi pemanduan adrenalin. Dalam setiap pilihan ini, tekanan penyerap hentak dan tindak balas enjin akan dilaras.

Pilihan ‘Race’ bukan sahaja menukar bunyi enjin dan exhos kereta tersebut bahkan memberi kuasa secara maksimum mengikut enjin yang sudah ditala (tuned) oleh pengeluar Volkswagen. Model Golf R kali ini turut dimuatkan dengan pilihan Mode ‘Launch Control’, jika yang berminat dengan perlumbaan, pilihan Launch Control inilah kunci utama bagi melancarkan kereta tersebut secara agresif.

Volkswagen juga melengkapkan sistem Advanced Electronic Differential Lock (XDS) generasi terbaharu pada Golf R ini. Ia adalah satu sistem yang akan memberikan kuasa brek tertentu terhadap mana-mana tayar bagi memastikan kenderaan boleh memecut laju di selekoh tanpa kehilangan cengkaman.

Keluaran Volkswagen Golf R ala kereta lumba ini sebuah kereta yang berkuasa tinggi dan kita memikirkan bahawa dengan prestasi tinggi penggunaan bahan api pun bertambah, model keluaran generasi ketujuh ini tidak sama seperti model sebelumnya, ianya disifatkan memberikan penjimatan penggunaan bahan api antara 8.5 hingga 7.1 liter bagi setiap 100 kilometer bersamaan dengan 15 peratus penjimatan berbanding model terdahulu.

Penjimatan itu turut dibantu dari peralatan teknologi seperti sistem kunci pintar start/stop dan penjanaan semula kuasa bateri dengan transmisi dual clutch gearbox (DSG) 6-kelajuan yang berkemampuan memberikan penjimatan bahan api sehingga 6.9 liter setiap 100 kilometer (159 gram/kilometer karbon dioksida).

Antara ciri keselamatan Volkswagen Golf R MK7 ini ialah beg udara berkembar di hadapan, sisi, kaki dan cermin, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Break Anti-Kunci (ABS) dengan pembantu brek, Anti-Slip Regulator (ASR), Elektronic Differential Lock (EDL) dan Engine Drag Torque Control (EDTC).

Bagi penulis Mantuka.com, kereta ini setentunya pilihan tepat bagi pemilik yang ingin keseronokan memandu terutama sukan lumba. Golf R yang dilengkapi dengan bampar yang mendapat rekaan baharu, rim aloy 18 inci (dengan tayar 225/40), penambahan lampu utama depan bi-xenon bersama rekaan baharu lampu siang LED, lampu belakang LED dan sistem ekzos dua saluran dengan corong krom sudah cukup membuat orang ramai terpersona dnegan imej kereta itu.


Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Volkswagen Golf R di Singapura.

Thursday, August 21, 2014

Uji Pandu Tiguan TSI 1.4 di Singapura

Media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar dan blogger media social telah dijemput dan dibiayai sepenuhnya yang dianjurkan oleh Maju Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Volkswagen Singapura bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kenderaan Volkswagen Tiguan terbaru yang akan dilancarkan di Brunei tidak lama lagi.
 

Walaupun berada di Singapura secara singkat, pihak media tidak teragak-teragak untuk mengambil kesempatan besar membuat perjalanan pelbagai keadaan di beberapa kawasan di Negara yang popular dengan perdagangan antarabangsa itu.

Volkswagen Tiguan 1.4 TSI adalah kereta terbaru Volkswagen 2WD ke dalam segmen SUV kompak di pasaran Brunei Darussalam yang akan diperkenalkan oleh Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam. Melihat bagaimana segmen ini berkembang dan mempunyai potensi yang kukuh, Volkswagen dengan cepatnya membangunkan model baru dari pengalaman membangunkan model Touareg yang lebih besar. 

Tiguan merupakan salah satu kereta yang paling berjaya dalam segmennya. Sebab utama untuk SUV menjadi satu kejayaan global adalah dari segi teknikal dan ekonomi. Tiguan kelihatan sangat dinamik, bergaya dan sportif memberikan kenikmatan sepenuhnya dalam pemanduan dari apa jua jenis persekitaran jalanan. 

Volkswagen telah membangunkan garis-garis Tiguan khususnya di bahagian hadapan dan belakang telah direka semula untuk mencerminkan 'reka bentuk DNA' Volkswagen yang ditandai dengan dominasi garisan melintang yang jelas. Garisan ini memberi Volkswagen Tiguan kelihatan sangat gagah dan berwibawa.


Seperti yang ada pada model Touareg, jeriji Tiguan dinaik taraf dengan dua ram krom berganda. Terutamanya boleh diperhatikan dari desain lampunya yang menyipit dilengkapi dengan lampu bi-xenon bersama lampu stndard cahaya siang hari, dan dibentuk oleh sekumpulan 14 LED yang diintegrasikan dalam lampu depan sehingga kelihatan mewah dan elegan.

Sementara di belakang Tiguan, anda dapat melihat perubahan dari desain lampu belakang. Reka bentuk badan Tiguan seirama dengan reka bentuk di hadapan dengan desain yang dinamik. Reka bentuk bampar dibuat lebih licin meski begitu tetap kelihatan moden dan mencirikan desain profil rendah namun tetap menarik perhatian dijalanan.



Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan enjin empat silinder TSI Twincharger. Ianya sesuai dengan ciri-ciri SUV yang mempunyai profil prestasi tinggi dan tork setinggi 240Nm. Dengan adanya kapasiti sebanyak 1,390cc, enjin Tiguan boleh memberikan kuasa setinggi 160 bhp bersamaan 8.9 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi adalah 198km/j sebagai penanda baik dalam keluaran model Tiguan kali ini. Kekuasaan Tiguan dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan membuatkan kereta ini sangat laju dan effisien. Ciri-ciri reka bentuk Tiguan yang paling utama ialah dua cengkaman basah yang dikawal dengan tekanan hidraulik. Susunan ini menyampaikan perubahan yang cemerlang dan lancar tanpa gangguan kuasa di antara gear.

Saya sangkakan apabila memandu sebuah Volkswagen Tiguan, saya berfikiran model yang mempunyai kuasa rendah akan memberi prestasi yang biasa sahaja, pada akhir sesi uji pandu itu, saya berasa kagum sekali lagi dengan kejuruteraan Jerman dan prestasi (selaras dengan kuasa, memang sudah tentu) hebat. Dengan Tiguan 1.4 TSI, setelah mengetahui semasa sidang media bahawa model ini mempunyai enjin Twincharger, saya tidak sabar untuk mencubanya kerana saya teringat pengalaman saya dengan model sebelum ini. Dan juga saya tertarik pada kereta ini adalah ia sebuah SUV yang merupakan jenis kenderaan kegemaran saya.



Dengan menekan sistem kunci pintar Start/Stop, uji pandu bermula dari Bilik Pameran Volkswagen Singapura menuju ke beberapa tempat menggunakan pelbagai jenis jalanan termasuk lencongan, bukit, jalan ruang yang sempit, kawasan lebuh raya dan kawasan bandar untuk merasakan kehebatan dan prestasi Tiguan baru itu.

Sepanjang perjalanan uji pandu itu, pihak Mantuka.com boleh merasakan keselesaan dari segi ruang Tiguan yang begitu luas. Didalam Tiguan, anda boleh melihat bagaimana hebatnya Volkswagen merancang desainnya yang sangat mewah, mudah, fungsional dan mudah dilihat. Stereng Tiguan dilengkapi dengan suis yang boleh mengawal audio termasuk juga bila anda ingin menerima panggilan telefon yang dapat disambung melalui sambungan Bluetooth. Ruang kargo Tiguan direka secara bersih dan cermat, dengan kemuatan lima penumpang, ianya mampu menampung 470 liter. Tahap maksima muatan kargo juga boleh mencapai 1,510 liter dengan maksima berat 670 kilogram.



Keselesaan adalah salah satu tumpuan Volkswagen untuk memberi kepuasan kepada pemiliknya. Tempat duduk depan dilengkapi dengan pembantu pelarasan lumbar dan penyimpanan barang bagi setiap tempat duduk depan. Manakala tempat duduk belakang pula boleh dilipat secara penuh dan membolehkan pelanggan untuk menyimpan objek berukuran 2.5 meter panjang.


Enjin dengan induksi paksa dilakukan dengan baik ketika memandu pada ketinggian seperti kawasan bukit. Salah satu tanggapan saya sepanjang pemanduan itu ialah kelancaran enjin dan pada mulanya, saya menyangka bahawa dengan pecutan kecil kereta itu tidak begitu cepat. Dan kemudian apabila saya melihat meter kelajuan, kelajuan itu sebenarnya lebih cepat daripada apa yang saya sangkakan. Generasi tork Tiguan adalah sangat lancar dan ia hanya terus memecut tanpa goyah atau kehabisan nafas.

Bergantung kepada bagaimana anda memandu, penggunaan bahan api boleh berada di mana sahaja di antara 6.0-8.9 liter pada 100 kilometer dengan tangki 64 liter. Tetapi kebanyakan pemilik model yang mempunyai enjin TSI sering mengatakan mereka tidak boleh mendapatkan bahan api secara ekonomi dan ia bukan sebab enjin tidak berjalan dengan lancar. Ia biasanya kerana pemandu tidak dapat menahan menikmati kuasa sistem Twincharger yang memberi prestasi yang cepat. Dalam keadaan sedemikian, anda tidak boleh mengharapkan penggunaan untuk menjadi yang baik tetapi jika anda memandu pada kelajuan sederhana di sekitar bandar, maka ia harus berjalan dari segi ekonomi. Untuk membantu mengurangkan pemakaian liter, Tiguan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penutupan enjin automatik dalam tempoh masa yang lama berhenti apabila menekan brek dan enjin akan hidup semula apabila anda menekan minyak.

Dengan kebanyakan SUV, gaya memandu perlu sederhana kerana kenderaan ini adalah tinggi kerana tambahan ruang di bawah kereta begitu juga Volkswagen Tiguan yang juga memerlukan pertimbangan yang sama. Ukuran Tiguan baru ini mempunyai ketinggian 1703 mm tetapi ia mempunyai kelebaran 1.809 mm dan panjangnya 4,426mm dengan trek yang ditetapkan pada 1,569 mm lebar di depan dan 1,571 mm lebar di belakang untuk membantu kestabilan. Dan mungkin dengan gabungan ketinggian dan lebar platform ini memberikan pengendalian melebihi purata (average) untuk sebuah SUV.



Semasa perjalanan lurus, penulis mendapati kereta ini bukan sahaja mempunyai prestasi yang menakjubkan semasa dalam perjalanan bahkan, kereta ini mempunyai keselamatan yang sangat tinggi yang pernah mendapat penilaian lima bintang ujian kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) dibawah European Consumer Protection Organisation Euro NCAP. Volkswagen juga pernah dinamakan kereta 'Top Safety Pick' oleh The American IIHS (Insurance Institute for Highway Safety).

Untuk pengetahuan ramai, Tiguan terbaru ini dilengkapi dengan lima penahan diri kepala yang boleh di laraskan, dua bag udara depan, dua bag udara sampingan depan dan bag udara bagi bahagian kepala.

Bercakap mengenai sistem brek yang dipertingkat pada Tiguan ini banyak membantu terutama apabila berdepan dengan keadaan yang tidak terduga ketika pemanduan dengan tindak balas yang cepat.

Pemilik kereta ini akan menikmati fungsi-fungsi apa yang dipandu di Singapura seperti skrin sentuh berwarna RCD510, dengan slot kad SD, AUX-In, sistem kawalan stereng serta kamera undur membuatkan ia sesuai untuk pemanduan di bandar. Slot USB tidak termasuk dalam model ini walaubagaimanapun sambungan AUX-in boleh digunakan sebagai alternatif untuk memainkan lagu dari teknologi media seperti iPod.

Monday, August 18, 2014

Jemputan Uji Pandu Volkswagen di Singapura

Sembilan orang wakil media Brunei telah berlepas ke Singapura minggu lepas yang dibiayai sepenuhnya oleh kerjasama Maju Motors Sdn Bhd dan Kumpulan Volkswagen Singapura bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kenderaan Volkswagen terbaru yang akan di lancarkan di Brunei tidak lama lagi.

Media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar iaitu Media Permata, Borneo Bulletin, Brunei Times, Sin Chew, United Daily, dan juga blogger media sosial Anakbrunei.org, Geekinwhite.com, Ranoadidas.com dan Mantuka.com telah dijemput oleh Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam.

Setelah mendarat di Lapangan Terbang Changi di Singapura, kami di bawa menuju ke tempat penginapan, Hotel Grand Hyatt untuk bermalam di sana sebelum memulakan aktiviti lain pada keesokkan harinya. Kami di bawa menggunakan kenderaan jenama Volkswagen Passat dan Volkswagen Touran.



Pada hari kedua berada di Singapura, rombongan telah dibawa melawat Bilik Pameran Volkswagen Singapura bagi menghadiri sidang media yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Volkswagen Singapura, Steffen Schwarz, Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Kumpulan Volkswagen Singapura, Colin Yong.

Pengarah Urusan Kumpulan Volkswgen Singapura, Steffen Schwarz, telah menyampaikan tentang perbezaan analisis pembelian kereta Volkswagen di Eropah dan di Asia Tenggara. Beliau berkata bahawa penghantaran Volkswagen ke Asia Tenggara telah meningkat sebanyak 16.8% dari tahun 2013 hingga 2014 berbading dengan peningkatan 5.5% bagi penghantaran ke Eropah dari tahun 2013 hingga 2014. Beliau menambah bahawa statistik pemasaran Volkswagen di Brunei Darussalam telah jauh meningkat selama 3 bulan kebelakangan ini. Ini menunjukkan peningkatan dari segi pembelian, minat dan kepercayaan pembeli terhadap kereta jenama Volkswagen membawa Volkswagen ke arah matlamat yang ditujui.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Kumpulan Volkswagen Singapura, Colin Yong telah menyampaikan mengenai model-model yang akan di uji pandu pada hari itu. Disamping itu juga, kami disiarkan klip video Volkswagen Tiguan terbaru dan Volkswagen Golf R terbaru.

Selepas sidang media berakhir, pihak media memulakan uji pandu dan menyaksikan sendiri kehebatan Volkswagen Tiguan sebelum model ini memasuki pasaran Brunei Darussalam. Disamping itu juga, warga media juga diberi peluang untuk menguji pandu kekuasaan Golf 1.2 TSI, Golf 1.4 TSI, dan Golf R yang boleh mencapai sehingga 280bhp. Tambahan lagi, kami juga telah diperkenalkan tempat-tempat yang indah di Singapura sambil membuat uji pandu tersebut.

Ikuti Mantuka.com untuk berita uji pandu Volkswagen yang lebih lanjut.