Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Indera Motors Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label Indera Motors Sdn Bhd. Show all posts

Sunday, January 12, 2020

Bilik Pameran Indera Motors Sdn Bhd Baru Saja Dibuka


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Syarikat Indera Motors Sdn Bhd kelmarin membuka dan menjemput media-media tempatan untuk menyaksikan sendiri Bilik Pameran terbaru Jaguar Land Rover (JLR) yang terletak di Fasiliti baru JLR di Beribi Auto Park Lot 78 A&B.

Bilik Pameran JLR terbaru itu mempunyai ruang besar mengambil sejauh 3.5 Acres mempamerkan produk kereta jenama kelas tinggi dari negara British iaitu Jaguar dan Land Rover.

Kini JLR menuju kepada misi mereka untuk memberi perkhidmatan berkualiti, pengalaman pelanggan terbaik dan nilai cadangan kompetitif.


Bilik pameran itu dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bilik pameran berasingan bagi jenama Jaguar dan Land Rover, tempat rehat, ruang perbincangan, bilik pengambilan kereta pelanggan, surau, tempat pemedulian pelanggan, kawasan pandu lalu penghantar kereta pelanggan, kawasan bengkel pembaikan kereta yang lebih luas dan berteknologi tinggi.

Orang ramai sekarang boleh berkunjung ke bilik pameran JLR dibuka dari Isnin hingga Sabtu.

Sunday, June 30, 2019

Range Rover Evoque Dilancarkan


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Indera Motors Sdn Bhd malam tadi secara rasminya melancarkan Range Rover Evoque terbaru di Radisson Hotel di Bandar Seri Begawan.

Model tersebut disempurnakan pelancarannya oleh Pengarah Urusan Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bersama Pengarah Jualan Jaguar Landrover Rantau Asia-Pasifik, Alistair Scott, Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong dan Pengurus Jualan Indera Motors Sdn Bhd, Zen Thea Hong.


Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.

Evoque terbaru ini adalah sebagai perubahan evolusi dari segi desain dan kejuruteraannya yang masih memegang kuat dari model kompak SUV sebelum ini.



Disediakan dengan dua jenis varian spesifikasi standard dan tinggi. Range Rover Evoque juga dimuatkan enjin P200 atau P250 dengan 9-kelajuan transmisi Automatik.

Selain itu, kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan persekitaran digital yang dikawal melalui skrin sentuh.

Diperkenalkan pada tahun 2011, Range Rover Evoque menjadi model yang terlaris dijual. Dengan kombinasi gaya ikonik, kemewahan dan kemampuan menjalani apa jua jenis rupa bumi telah menarik banyak pelanggan, banyaknya yang baru kepada jenama Land Rover.




Monday, May 14, 2018

Pengalaman Memandu Jaguar E-Pace

Jaguar E-Pace terbaru kini menjadi tarikan ramai selepas ianya mula memasuki pasaran Brunei Darussalam pada bulan ini.

Jaguar E-Pace sebagai tambahan barisan terbaru dalam keluarga Jaguar dilancarkan baru-baru ini oleh syarikat Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Jaguar Land Rover berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Melihatkan pasaran SUV yang semakin berkembang, Jaguar juga mula mengeluarkan model SUV mereka sendiri, bermula dengan F-Pace dan kini diikuti oleh E-Pace yang sedikit kecil dan sudah mula mengaum di pasaran Negara Brunei Darussalam setelah diperkenalkan oleh syarikat Indera Motors Sdn Bhd.

E-Pace yang dilancarkan di Indera Samudra Grand Hall, Empire Hotel & Country Club, Jerudong, baru-baru ini menggunakan huruf E di hadapan nama modelnya, tetapi ia bukanlah sebuah model elektrik dan itu hanya dibiarkan untuk sebuah lagi SUV Jaguar iaitu I-Pace. E-Pace adalah sebuah SUV kompak dengan karekter sports.

Dalam satu sesi uji pandu di persekitaran Kampung Jerudong, wakil media dapat melihat sendiri bahagian luar E-Pace menggunakan perkadaran dan garis badan seperti kereta sports Jaguar termasuk F-Type dan ini boleh dilihat pada garis bumbung, gantungan hadapan dan belakang (jarak antara roda dan bampar) yang pendek dan roda yang besar.

Jeriji unik Jaguar turut digunakan pada E-Pace dan ia diapit oleh dua lampu hadapan yang boleh dipilih dengan jenis Advanced LED, bersama teknologi Adaptive Matrix LED. Lensa seperti kristal pada lampu ini nampak menarik dan mampu memberikan pencahayaan yang terang di waktu malam.

Pergi ke bahagian dalam, E-Pace yang berukuran 4,395 mm panjang dan jarak roda 2,681 mm menawarkan ruang selesa untuk lima orang, dengan ruang kelegaan kaki di bahagian belakang 892 mm, manakala ruang barangan pula mempunyai kapasiti 577 liter. Rekaan bahagian dalam kenderaan ini juga dijadikan sporty dan menggunakan bahan premium yang berkualiti.

Pada bahagian tengah papan pemuka, terdapat skrin sesentuh informasi dan hiburan Touch Pro berukuran 10 inci dan di bawahnya terdapat pula tombol untuk mengawal ciri pendingin hawa.

Sistem yang digunakan untuk informasi dan hiburan ini adalah antara yang tercanggih di dalam kelasnya dan ia boleh disambung kepada aplikasi kegemaran pengguna seperti Spotify melalui aplikasi InControl Jaguar.

Selain itu, kenderaan ini juga menawarkan ciri hotspot Wi-Fi 4G untuk sehingga lapan orang, dan ia disokong dengan adanya empat soket mengecas 12 volt dan lima sambungan USB di dalam kenderaan. Pengguna juga boleh mengawal ciri informasi dan hiburan dalam kenderaan ini menggunakan arahan suara.

Bagi pemandu, informasi penting kenderaan dapat dilihat terus pada skrin Interactive Driver Display 12.3 inci HD dan head-up display TFT berwarna penuh, manakala kokpit pula disediakan dengan kedudukan sports, dengan mengambil inspirasi rekaan daripada F-Type.


Jaguar E-Pace untuk pasaran Brunei ditawarkan dalam dua pilihan iaitu E-Pace 2.0 First Edition pacuan semua roda (AWD) dan Jaguar E-Pace S 2.0 AWD.


Semua enjin ini mempunyai pengecas turbo geometri boleh ubah dan ia dipadankan dengan sama ada automatik sembilan kelajuan ataupun manual enam kelajuan. Sistem pacuan yang digunakan pula adalah pacuan semua roda.

Sebenarnya, E-Pace diasaskan daripada model Land Rover Evoque tetapi Jaguar telah mengubah beberapa bahagian termasuk suspensi untuk menjadikannya lebih berprestasi.

Ia kini menggunakan suspensi belakang Integral Link yang diambil asasnya daripada F-Pace, manakala bahagian depan juga adalah baru, dengan knuckle aluminium, subframe talaan khas dan getah (bush) yang lebih keras.


Semua ini bagi menjadikan E-Pace dapat bertahan dengan pemanduan sporty di atas jalan biasa dan cukup lasak untuk dibawa ke mana sahaja.

Selain datang terus dengan pilihan mod pemanduan, pengguna E-Pace juga boleh menambah pakej Configurable Dynamics untuk lebih kawalan terhadap pendikit, transmisi dan stereng dan juga sistem suspensi Adaptive Dynamics yang boleh melaras suspensi secara automatik berdasarkan input pemandu dan keadaan badan kenderaan.

Pada aspek keselamatan dan sistem bantuan pemandu pula, E-Pace dilengkapi dengan antaranya Blind Spot Assist, Forward Traffic Monitor, Adaptive Driving Beam, Park Assist, enam beg udara, beg udara pejalan kaki (akan terkeluar di depan bonet apabila terdapat perlanggaran dengan pejalan kaki dalam kelajuan antara 25-50 km/j), Dynamic Stability Control (DSC), Roll Stability Control (RSC), Electronic Traction Control (ETC), Trailer Stability Assist (TSA), Hill Start Assist (HSA), Anti-lock braking system (ABS), Emergency brake assist (EBA) dan Corner Brake Control (CBC).

E-Pace First Edition dilengkapi rim 20 inci, jahitan merah di dalam, lampu suasana, HUD, Configurable Dynamics, Jaguar Activity Key dan karpet khas dan R-Dynamic Pack yang lebih sporty dengan kit badan agresif dan kemasan dalam lebih sporty.

Sunday, October 29, 2017

Jualan Kenderaan Pra-milik yang diluluskan di Brunei Motor Show


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Bersempena dengan Pameran Motor Brunei 2017, Indera Motors Sdn Bhd melancarkan program pra-milik Jaguar Land Rover yang diluluskan di Dewan 2 Bridex, Jerudong.

Dalam program itu, setiap kenderaan Jaguar Land Rover yang diluluskan atau dikenali sebagai kereta terpakai di periksa untuk memastikan mileage kenderaan itu adalah betul, sejarah penyelengaraan tulen, tidak ada pinjaman (currently financed) dan tidak pernah mengalami kemalangan teruk.

Setiap kenderaan tersebut harus menjalani 165 pemeriksaan mekanikal dan elektrikal, pemeriksaan badan dan pemeriksaan jalan raya. Jika mempunyai masalah kenderaan tersebut akan diperbaiki oleh juruteknik JLR bertauliah menggunakan alat Jaguar dan Land Rover tulen.



Kesemua kenderaan Jaguar Land Rover yang diluluskan di datangkan dengan 24 bulan (136,000Km) jaminan, pelan perkhidmatan percuma selama dua tahun dan bantuan pinggir jalan selama 24 bulan bagi memberi pelanggan yang terbaik membeli kenderaan Jaguar Land Rover.

Eksekutif Jualan Kenderaan pra-milik yang diluluskan, Mohammad Ferdouse bin Haji Omar, “Kami telah merancang program sejak begitu lama dan hari ini, ia menjadi reality, kami berharap program ini dapat kepuasan kepada orang ramai mahupun peminat kereta”

“Kami juga memastikan jika masalah berlaku semasa 24 bulan atau 136,000 Km selepas pembelian pra-milik Jaguar Land Rover yang diluluskan, ia nya akan dijaga”.



Bersempena dengan kedatangan cuti sekolah, Indera Motors Sdn Bhd akan melancarkan promosi baru, Jaguar Land Rover on Ice. Menangi hadiah utama berupa memandu ais selama tiga hari di Ice Academy di Sweden, kepada yang membeli unit model Jaguar atau Land Rover dari 1 November 2017 hingga 31 Januari 2018, akan berpeluang mengambil pengalaman memandu perjalanan salji menggunakan Jaguar F-Type, Jaguar F-Pace, Range Rover Sport dan Renge Rover.


Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi 2391000 atau dari laman web www.jaguar.com.bn dan www.landrover.com.bn .